Tutorial Cara Pasang Sendiri (DIY) Kipas Siling

Dalam entri sebelum ini berkaitan kipas siling, sudah diterangkan tutorial cara untuk memasang penggantung (hook) kipas. Tutorial kali ini pula akan menerangkan langkah kedua iaitu bagaimana untuk pasang kipas siling.Ia akan merangkumi pemasangan komponen, bilah kipas, penutup, kemasan skrew dan penggantungan kipas.
.
Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, terdapat 3 langkah utama dalam pemasangan kipas.

a) Pemasangan penyangkut kipas
b) Pemasangan kipas ( motor + bilah)
c) Pemasangan pengubah kelajuan ( regulator) untuk kipas biasa ( tidak guna remote control).

Tutorial cara memasang kipas siling sendiri seperti berikut:

1.0 Komponen kipas.
1.1 Kenalpasti komponen kipas yang disediakan. Pastikan terdapat barang-barang berikut dari kedai yang anda beli.


2. Pasangkan tangkai (rod) pada sambungan di motor kipas.
2.1 Buka bolt, nut, washer pada rod untuk membolehkan dipasang pada sambungan. Dan juga terdapat beberapa jenis kipas di pasaran, ada yang mempunyai 'suis keselamatan' ada yang tiada suis keselamatan.


2.2 Pastikan pemasangan tangkai pada sambungan adalah betul jika kipas jenis yang mempunyai suis keselamatan. Jika tidak dipasangan dengan betul, kipas tidak akan berfungsi. ( Suis keselamatan berfungi mengalirkan arus 'Live'). Jika kipas jenis tiada suis keselamatan ini, boleh masukkan terus rod pada sambungan.


2.3 Pemasangan rod pada sambungan yang betul adalah seperti berikut. Pastikan kesemua bolt, nut, dan washer dipasangan dengan betul.

3.0 Pemasangan Bilah Kipas
► Untuk bahagian ini terdapat 2 cara yang boleh buat. Samada pasang bilah pada kipas dahulu kemudian baru gantung, atau gantung kipas dahulu kemudian baru pasang bilah. Saya suka pasang bilah dahulu.

3.1 Buka screw pada badan kipas, dan pasangan bilah. Pastikan apabila screw diketatkan, washer ada disertakan bersama.


3.2 Contoh siap dipasang bilah.


4.0 Wiring.
4.1 Pasangkan wayar dengan betul pada sambungan rod dan badan kipas. Pastikan pemasangan adalah betul dan sila rujuk buku panduan jika anda tidak pasti. Tiga wayar utama ialah 'bumi (earth)', 'neutral' dan 'hidup(live)'. Agak sukar untuk saya bagitahu secara spesifik wayar apa mewakili warna apa, ini kerana terdapat perbezaan antara pengeluar, pembuat wiring rumah. Baca sini untuk lanjut.
4.2 Biasa saya akan cuba sendiri menggunakan 'test pen' untuk menentukan wire 'live'. Rujuk kepada manual dan orang yang lebih arif tentang elektrik adalah digalakkan.


5.0 Safety
5.1 Pasangkan tali keselamatan dan penutup alatan elektrik.
Tips untuk pasang cover : jangan terlalu rapat dengan tapak atau bahasa mudahnya jangan ada sentuhan pada badan kipas. Jika tidak akan mengeluarkan bunyi bergesel apabila kipas di pasang.


6.0 Penggantungan kipas dan kemasan
6.1 Masukkan getah pada hook dan juga besi penyangkut. Terdapat beberapa jenis besi penyangkut berdasarkan pengeluar kipas.Gantungkan rod kipas pada besi penyangkut.
6.2 Seperti yang dinyatakan pada langkah 4.0, wiring adalah sedikit berbeza bergantung kepada pengeluar dan pembuat wiring rumah. Dapatkan tunjuk ajar dari yang arif jika tidak pasti.
6.3 Selepas selesai membuat sambungan elektrik, pasangkan tali keselamatan dan juga penutup bahagian atas.


7.0. Selesai

Tugas anda untuk memasang kipas sudah selesai.
►Bagi yang menggunakan kipas tanpa remote control (auto), kerja anda sudah selesai dan sudah boleh mula menggunakan kipas anda.
►Jika, bagi yang sebelum ini menggunakan kipas manual, tetapi hanya kipas sahaja yang rosak, juga boleh terus menggunakan kipas ini. Tidak perlu untuk menukar regulator(pelaras kelajuan) walaupun requlator dari brand lain.
► Jika, ini kali pertama anda memasang kipas manual untuk rumah anda, atau requlator kipas anda rosak, nantikan tutorial akan datang untuk bagaimana cara memasang regular / pelaras kelajuan kipas.


p/s: Rasa tutorial ini berguna dan membantu.?
Share kepada rakan² juga..:)




Sebelum Menjana Duit Dari Blog, Tetapkan Halatuju Blog Dahulu

Berikutan siri buat duit dari blog ini, memang saya mulakan dari asas diharapkan dapat mengajar dan memberi pandangan dari akar umbi, bukanya secara express untuk menjana wang dari blog. Ya, memang ada cara yang pantas tetapi ianya agak sukar jika tiada kefahaman dari asas bagaimana perilaku internet, bagaimana cara google berfungsi, bagaimana tabiat manusia dan pelbagai faktor untuk menentukan kejayaan sesebuah blog, risiko dan pelbagai lagi.

Screen shot ini adalah salah satu blog yang saya ada dimana dalam masa 7 bulan, pageview boleh mencecah sehingga 346ribu sebulan. Dan ianya tidak naik secara automatik, sedikit usaha dan kefahaman saya bagaimana dan apa yang perlu untuk memacu ke arah itu.


Perkara paling asas, sangat-sangat asas untuk blog ialah, apakah hala tuju untuk blog anda.? Bagaimana anda hendak kategorikan blog yang akan anda uruskan. Samada jika sudah ada blog, atau baru hendak buka blog, ataupun sudah ada blog lama, tetapi hendak buka yang baru.

Berikut penerangan saya lebih detail apa yang saya maksudkan dengan hala tuju.

1. Blog Peribadi atau Informasi .?
► Secara umum, blog hanya dikategorikan kepada 2 jenis ini sahaja iaitu peribadi dan informasi, cuma ada yang mencampurkan sekali peribadi + informasi. Jika dipikirkan mestilah peribadi + informasi adalah yang terbaik kerana ianya campuran tetapi jawapannya ialah SALAH.
► Blog peribadi berkisar tentang kehidupan anda, pakaian anda, dan apa sahaja yang berkaitan dengan anda.
► Blog informasi ialah tidak melibatkan kehidupan anda, tetapi kandungan menjadi sumber rujukan kepada orang lain.
► Mencampurkan hal peribadi dan informasi adalah satu kesalahan yang biasa dilakukan oleh blogger.
► Malahan, blog yang berkisar tentang kehidupan artis sebenarnya adalah blog informasi, ianya blog informasi yang bercerita tetang kehidupan peribadi artis.
► Blog perniagaan yang menjual barangan adalah blog informasi, mereka memaparkan harga, jenis barang, promosi dan sebagainya, bezanya sumber pendapatan utama mereka adalah jualan, bukan dari syarikat pengiklanan.
► Pasaran untuk blog peribadi adalah berbeza dengan blog informasi. Blog informasi lebih luas dengan pelawat yang pelbagai, tetapi blog peribadi biasanya hanya dikunjungi oleh orang tetap.
► Biasanya blog peribadi mempunyai 'returning visitor' yang tinggi, manakala blog informasi mempunyai 'new visitor' yang tinggi.


Bagaimana Blog Peribadi/Informasi Menjana Pendapatan.?

► Blog peribadi dan inforamsi keduanya boleh menjana pendapatan dengan kaedah yang hampir sama iaitu melalui pihak ketiga (kebanyakannya)kecuali blog perniagaan produk sendiri.
► Antara sumber pendapatan ialah dari syarikat pengiklan, advertorial, affiliate, e-book, duta produk dan sebagainya.
► Paling mudah bagi yang baru berjinak ialah melalui syarikat pengiklanan seperti nuffnang, admax, innity dan google adsense. Kerana ianya percuma, cuma anda perlu beberapa syarat untuk melayakkan beriklan dengan syarikat gergasi.
► Antara salah faham yang selalu berlaku ialah menyangkakan 'bila ada pelawat, terus dapat duit'- SALAH.

Jadi Saya Perlu Pilih Blog Informasi Atau Peribadi.?
► Sangat-sangat dicadangkan adalah untuk membuat blog bersifat informasi. Alasannya cukup mudah blog informasi mempunyai capaian yang lebih meluas. Apabila capaian luas pelawat tinggi, apabila pelawat tinggi, pendapatan pun naik.
► Sebagai contoh, katakanlah blog informasi anda ialah tentang cara mendapatkan bantuan biasiswa. Dan anda tahu, setiap tahun, setiap semesta atau penggal persekolahan akan ada carian ini di google.
► Dan jika blog peribadi anda bercerita tentang hari raya anda, agaknya berapa orang sangat yang baca.? Lainlah jika anda seorang selebriti atau memang sangat dikenali ramai.
► Masih tidak pasti samada hendak buat blog peribadi atau informasi.? Tidak mengapa. Ambil masa pikir tidak kira la sehari atau seminggu. Kerana keputusan hala tuju anda ini sangatlah penting untuk masa-masa akan datang. Biar anda lambat buat keputusan sedikit asalkan anda jelas dengan hala tuju blog yang anda inginkan.


Jika Sekarang Saya Sudah Ada Blog, Hendak Buat Bagaimana.?
► Tidak kisah jika anda sudah ada blog samada blog peribadi atau informasi, jika hala tuju ini bersesuaian dengan blog anda sekarang memang sangatlah bagus.
► Jika tidak, dengan blogger.com kerana anda boleh 'cipta' satu blog baru dengan mudah sekali. Dan jangan bimbang jika ianya baru kerana seperti yang saya katakan, berblogging bukanlah perkara seminggu dua. Ianya berbulan². Malahan blogger yang otai sebenarnya sudah berkecimpung selama bertahun-tahun.!
► Untuk bagaimana untuk blog peribadi/informasi yang mesra pengguna/goole, akan diterangkan kemudian dalam entri yang lain.


OK, Sudah Jelas Sedikit. Tetapi Boleh Terangkan Apa Kelebihan/Keburukan Blog Peribadi/Informasi ini.?
► Untuk topik ini, apa kata kalau saya buatkan satu entri lain nanti. Sementara itu apa kata anda pastikan dahulu secara kasar apa hala tuju untuk blog anda nanti.:)

-------------------------------------------------------------------------------------


p/s: Anda perasan kan, blog yang sedang anda baca ini ialah blog informasi.
Agak² jika saya bercerita tentang saya makan nasi tengah tadi anda berminat tak.?.:)
Jadi, hala tuju anda, peribadi/informasi.? :)


 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted