Cara Beli Domain Dari Serverfreak

Apabila memiliki blog secara percuma, pasti di akhirnya akan berakhir dengan .blogspot.com (bagi blogger.com).
Tentu sekali ada pernah lihat blog yang tiada '.blogspot', tetapi terus sahaja www.xxx.com. Tentu lebih stail berbanding www.xxx.blogspot.com. Juga anda boleh memilih samada untuk berakhir dengan .com, .net, .biz dan lain².
Sebagai contoh blogger asal .blogspot yang tukar kepada domain .com ialah http://www.nisakay.com/ dan http://www.myamethyst-shea.com/


Jadi untuk makluman, untuk menukarkan dari .blogspot.com kepada .com bukanlah percuma, sebaliknya pemilik blog perlu membeli domain dari penyedia servis ini. Harga domain biasanya dalam RM35 hingga RM60. Tetapi ada juga domain yang dijual lebih mahal dari itu untuk premium.

Di Malaysia, antara penyedia untuk membeli domain ialah Serverfreak. Admin juga ada beberapa domain yang dibeli dari Serverfreak ini untuk beberapa blog lain. (Tetapi untuk blog ini admin kekalkan .blogspot.com :)

Juga perlu difahami, domain dan hosting adalah dua perkara yang berbeza. Untuk pengguna blogger.com, cukuplah membeli domain sahaja untuk menukarkan status .blogspot.com kepada .com. Untuk entri seterusnya, admin akan tunjukkan pula bagaimana langkah yang perlu dilakukan untuk membuat penukaran itu. Tapi untuk entri ini, kita fokuskan dahulu kepada bagaimana untuk beli domain dari serverfreak.

Berikut adalah tutorial ringkas untuk membeli domain dari serverfreak.


1. Untuk yang kali pertama, boleh daftar dahulu di https://secure.web-hosting.net.my/clients/register.php . Ianya memudahkan untuk tutorial selapas ini kerana admin buat tutorial dengan admin login ke akaun.

2. Klik pada http://secure.web-hosting.net.my/clients/index.php/, kemudian masukkan nama yang anda kehendaki dan klik 'Check Availability'. Senarai domain akan keluar bersama dengan TLD. (TLD tu kalau nak mudah faham seperti .com, .biz, .net dan lain²).

2.1. Pada sebelah kiri list, klik pada domain bersama TLD yang anda kehendaki. Kemudian klik 'Order Now'.



3.Untuk paparan seterusnya, klik pada DNS Management dan Email Fowarding. Ini adalah percuma.
ID protection adalah berbayar. Boleh tick jika anda mahu. ID protection bermaksud, jika anda membeli domain ini dan ianya berada di ruang maya, tanpa ID protection, pengguna internet boleh mengetahui siapa pemilik domian. (Search Whois).

3.1 Selesai tick, klik 'update chart' untuk seterusnya. Untuk nameserver boleh dibiarkan kerana ianya adalah automatik. Name server akan diubah apabila hendak tukar domain (yang akan diceritakan lebih detail dalam entri lain)


4. Order summary ialah maklumat yang anda baru sahaja lakukan. Antara perkara penting untuk diperhatikan ialah, a)pastikan nama domain adalah betul, b) harga yang dipaparkan adalah betul.

4.1 Bagi yang datang dari promosi dari pihak serverfreak, boleh masukkan promotional code di ruang yang disediakan. Sesekali pihak serverfreak akan buat promosi potongan dalam 10%-20% dari harga asal. Bergantung kepada nasib anda bila mereka akan buat promosi. :)

4.2. Apabila sudah pasti, klik checkout.

5. Paparan seterusnya, pilih pada payment method, di sini admin gunakan bank transfer. Selepas itu klik 'i have read....' dan seterusnya 'Complete Order'.

6. Siap untuk tempahan, dan maklumat seterusnya adalah untuk pembayaran. Login akaun bank anda untuk buat bayaran, masukkan jumlah untuk transfer dan reference number. Reference number biasanya ialah invoice number. Masukkan juga email serverfreak di ruangan email penerima. [billing@web-hosting.net.my]

6.1 Selepas anda membuat pembayaran, selesai di pihak anda. Bagi sedikit masa untuk pihak serverfreak untuk respon. Selepas selesai mereka akan hantar maklumat di email yang anda daftarkan untuk buka akaun.

7. Selepas pihak serverfreak selesai urusan jual beli, anda boleh kembali ke akaun anda tadi dan perhatikan pada domain yang sudah anda beli. Akan ada registration dan next due date, dan status domain anda.


8. Selesai beli domian, dan nama itu sudah menjadi hak milik anda. Lebih stail bukan dengan nama .com.?. :)

Ok, untuk entry yang seterusnya, (admin juga akan update disini), admin akan tunjukkan cara bagaimana untuk tukarkan .blogspot.com kepada .com. Sementara itu, bolehlah anda check² domain yang berkenan. Kan lambat di'kebas' orang pula domain tu.:)

---------
UPDATE: Untuk tutorial cara tukar dari blogspot.com kepada .com, sila rujuk tutorial terbaru ini > http://tutorialuntukblog.blogspot.com/2014/06/tutorial-cara-tukar-domain-.blogspot-kepada-.com.html

15 comments:

  1. dot com mmg style.. skrg saya tengah berfikir2 nak tukar domain.. lebih style katanyer.. ;)

    ReplyDelete
  2. nice blog.. sila kunjungi http://pengetahuanpro.blogspot.com ...thanks

    ReplyDelete
  3. Satu-satunya penjual domain terpercaya yang pernah saya pakai di luar negeri cuma namecheap.com. Proses pembelian cukup mudah dan supportnya bagus.

    ReplyDelete
  4. good tips. saya teringin nak tukar kepada .com tapi tu la rasanya kena perbaiki content dulu kot. Sekarang trafik pun slow.


    jom la singgah blog saya bagi pandangan anda : http://soshesay.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. untuk beli domain ni ada tempoh ker? saya tengok due date tahun 2015.. so, tempoh 1 domain hanya 1 tahun saja?

    ReplyDelete
  6. Oh ya gan, ini ada sedikit info untuk menjadi penjual domain (reseller domain) termurah, coba daftar menjadi penjual domain di reselleragent.com atau bisa seowaps.com , Agan tidak perlu jauh jauh sampai ke beli ke luar negeri. Saya lebih cinta produk dalam negeri

    ReplyDelete
  7. thank you untuk penerangan ini, sangat membantu saya :)

    ReplyDelete