Cara Block / Ban Notifikasi Game Di Facebook

Antara perkara yang tidak begitu digemari apabila melayari facebook ialah apabila mendapat notification berkenaan game. Agak sukar untuk memaklumkan setiap orang yang menggunakan aplikasi game ini kerana biasanya ianya akan dipost secara automatik. Malahan ianya seakan tidak berhenti apabila ada sahaja game baru yang muncul.
Terdapat cara yang mudah untuk ban / block daripada menerima jemputan untuk bermain game. Ianya akan menyekat segala yang berkaitan dengan game yang anda block dan semestinya hidup anda lebih tenteram. :)

Untuk block notification game dari facebook, ikuti 4 langkah mudah ini.


1. Pada paparan utama, klik pada sebelah kanan-atas,

2. Satu list akan keluar kemudian klik pada 'Setting'.

3. Klik pada 'Blocking'

4. Scroll sedikit mouse anda sehingga jumpa 'block apps'. Masukkan perkataan awal nama game, satu list akan keluar dan pilih game yang anda hendak block. Senarai game anda boleh lihat di notification anda. Boleh masukkan seberapa banyak yang anda hendak blok.

5. Selasai dan anda kini akan lebih tenteram tanpa gangguan 'invite' untuk game dari rakan anda. :) Jika ada lagi game terbaru, ulang dari langkah 1-4 untuk sekali sahaja. :)

Contoh senarai game yang di'block'/sekat/ban.


Analisis Blogger Di Malaysia : Graf & Data (Daripada 10,365 url blog)

Di Malaysia, terdapat ramai blogger. Tetapi dalam ramai-ramai ini, pernahkan anda terpikir berapa peratuskah yang url blognya bermula dengan huruf 'a' dan berapa peratus bermula dengan huruf 'k', berapa peratus yang menggunakan blogspot dan berapa peratus menggunakan domain sendiri.? Untuk kali ini, admin bawakan analisis dalam bentuk graf dan data untuk mengetahui secara kasar taburan / kelompok blogger tertentu untuk kategori tertentu.

Mungkin ada yang tertanya, bagaimana admin buat analisa ini.? Berapa banyak url blogger yang terlibat dan bagaimana dapatkan url semua ini. Admin kumpulkan sebanyak 10,365 (yup, 10ribu) url blogger yang terdapat di Malaysia (walaupun tidak semua, tetapi jumlah ini sudah cukup besar). Dan yang penting juga, kesemua url ini adalah unik. Tidak ada satu pun url yang sama.

Terdapat beberapa cara yang membolehkan admin kumpulkan url ini, salah satunya admin kumpul dari senarai bloglist blogger yang ada, tetapi untuk detail bagaimana admin buat dengan cepat dan pantas rsanya tidak perlu diberitahu caranya. Cuma untuk bagitahu bahawa analisis ini adalah berdasarkan sejumlah 10,365 yang memadai untuk dijadikan graf dan peratus.

Ok, analisis dari kesemua url ini adalah seperti berikut.

1. Peratus dan jumlah blogger yang menggunakan url blog dengan permulaan huruf A-Z atau nombor (diwakilkan dengan '#')adalah seperti berikut.
► 3 paling banyak ialah 'a', 'm' dan 's'
► 3 paling kurang ialah 'x', q', dan '#' (nombor)


2. Peratus dan jumlah blogger yang menggunakan url blog dengan pengakhiran huruf A-Z atau nombor (diwakilkan dengan '#')adalah seperti berikut ( pengakhiran tidak termasuk .blogspot.com atau .com)
► 3 paling banyak ialah 'a', 'e' dan 'n'
► 3 paling kuurang ialah 'v', 'w', dan 'q'



3. Peratus dan bilangan untuk jumlah huruf yang digunakan untuk url blog. (tidak termasuk .blogspot.com atau .com)
(Jumlah huruf yang dimaksudkan juga termasuk nombor jika ada dalam url blog)
► 3 paling banyak ialah '10huruf', '11huruf' dan '9huruf'
► 3 paling sedikit ialah '36huruf', '30huruf' dan '3huruf'

4. URL blog samada terdiri daripada huruf, nombor atau kombinasi keduanya.
► 89.9% menggunakan huruf sahaja
► 0.01% menggunakan nombor sahaja
► 11.1% menggunakan kombinasi huruf dan nombor

5. Domain percuma atau domain berbayar. Percuma ialah .blogspot.com, berbayar ialah .com (termasuk dari blogger dan wordpress)
► 89.2% menggunakan domain percuma
► 10.8% menggunakan domain berbayar.


-----------------------------------------

Menarik :

► Bila admin buat analisis (No3), jumlah huruf yang digunakan dalam url blog, terpikir juga apa jenis url sampai jumlah hurufnya sampai 36.?
Ini jawapannya. : http://akutamawstopblogginlagijgnpakseakuok.blogspot.com

Kalau yang sukar hendak baca, url ini ialah 'aku ta maw stop bloggin lagi jgn pakse aku ok'. (omg, ada juga url macam ini rupanya.:)Dan sungguh ironik sekali kerana url ini merujuk kepada lirik lagu.!. ( ada owner nak claim ni blog dia tak.?.:)

► Dan juga, untuk analisis (No4), terdapat satu blog yang menggunakan nombor sepenuhnya untuk urlnya.Blog yang dimaksudkan ialah : http://7800521.blogspot.com
admin pun tidak pasti apakah maksud di sebaliknya, tetapi menjadi satu-satunya blog yang menggunakan nombor dari keseluruhan 10,365 url agak unik juga.:)

-----------------------------

Berdasarkan analisis ini, diharap para blogger sekalian dapat mengetahui dengan lebih jelas bagaimana demographic blogger yang terdapat di Malaysia ini. Sudah tengok url blog anda termasuk dalam peratusan yang mana.? :)


Tutorial Cara Letak Bloglist Dalam Blog

Meletakkan bloglist dalam blog adalah salah satu cara yang berkesan untuk mengetahui jika ada update terbaru daripada blog kegemaran anda. Selain dapat menjimatkan masa dimana anda tidak perlu buka setiap kali, ianya juga dapat dijadikan penganti kepada bookmark. Salah satu kelemahan bookmark ialah ia tidak menunjukkan bila blog tersebut dikemaskini dan ianya dapat diatasi dengan meletakkan bloglist di blog anda.

Berikut contoh bloglist yang dimasukkan blog ohbest dan ohfakta. Setting yang ada juga membolehkan anda mengetahui bilakah blog tersebut diupdate.

Tutorial untuk letak bloglist dalam blog adalah seperti berikut.

1. Dari dashboard > layout

2. Klik 'Add a gadget' dan dari senarai yang dipaparkan pilih 'Blog List'

3. Pilih setting yang anda mahukan, (boleh diubah kemudian juga), kemudian klik pada ' add to list'.
Setting yang dicadangkan ialah.
Sort : Most recently updated
Show : 5 blogs @ 10 blogs
Tick : Title of most recent item
Tick : Data of last update

4. Masukkan blog yang anda ingin ikuti kemudian klik 'Add'. ( apa kata tambahkan http:///tutorialuntukblog.blogspot.com , http://ohbest.blogspot.com , www.ohfakta.com kedalam senarai anda.:)

5. Jika sebelum ini anda sudah ada follow blog tertentu, anda juga boleh letak pada bloglist dengan klik pada 'blogs i'm following' dan tick pada senarai yang ada kemudian klik add.

6. Contoh senarai blog yang dimasukkan seperti berikut. Setelah selesai, klik 'save' dan selesai. Anda juga boleh mengubah semula setting yang telah ditetapkan sebelum ini.

7. Contoh bloglist dengan setting yang berbeza adalah seperti berikut.



---------------------------------------------
Blog list adalah sangat bagus untuk menjimatkan masa anda dari melawat sesebuah blog/website.
Cuma terdapat satu kelemahan berbanding rss reader yang biasa, iaitu bloglist hanya menunjukkan 1 post sahaja untuk satu-satu masa. Bermakna, jika blogger update 2 entri sekaligus, anda mungkin terlepas entri yang pertama.

Apa yang bagusnya.?
Blog yang paling terbaru update akan berada di senarai paling atas jadi anda tidak mengalami kesukaran untuk mengetahui bilakah sesebuah blog diupdata, dan siap ada masa bilakan blog tersebut baru diupdate.
Semestinya anda boleh jadi pengunjung pertama, kalau bahasa pasarnya, ketika entri masih 'panas' lagi.:)

Cara Tunaikan (Clear) Cek Dari Google Adsense

Pendapatan dari google adsense adalah salah satu punca pendapatan untuk seorang blogger seperti yang dinyatakan dalam entri 'betul ke boleh buat duit dari blog.?. Oleh kerana google adalah syarikat yang berpangkalan di luar Malaysia, maka cek yang diterima juga adalah dari luar negara. ( Walaupun terdapat google Malaysia).

Tutorial berikut adalah cara bagaimana untuk tunaikan (clear) cek yang diterima dari google adsense. Tutorial ini dilakukan di Maybank, tetapi kaedah yang sama juga jika dilakukan di bank-bank lain di Malaysia.


1. Daripada sampul yang diterima, buka dengan berhati² untuk mengelakkan berlaku kerosakan (terutamanya koyakan) pada cek.


2. Catatkan maklumat anda di belakang cek.
Maklumat yang perlu ada catatkan ialah nombor akaun anda, nama penuh dan nombor kad pengenalan


3. Ambil sampul surat 'Kemasukan Cek Segera', atau biasanya dikenali sebagai envelope sahaja. Boleh dapatkan di kaunter atau di tempat yang disediakan. Dan maklumat berikut perlu disi pada envelope yang anda telah ambil tadi.
► PENTING: Pastikan semua maklumat adalah tepat dan seperti yang dinyatakan di bawah.
► Pastikan nombor² adalah sama di dalam cek dan envelope. Antara yang perlu diberi perhatian ialah nombor cek, bank dan jumlah.
► Lain² masukkan nombor telefon, nama dan nombor akaun.
► Juga boleh potong 'RM' dan ganti 'USD'. Ini sebagai pilihan sahaja. Pegawai bank sebenarnya sudah sedia maklum.

4. Jika anda ada banyak cek google adsense untuk ditunaikan, boleh diletakkan dalam satu envelope sahaja. Pastikan nombor cek dan jumlah adalah betul seperti di bawah.
► PENTING : Jangan campurkan cek google adsense dengan cek dari bank² lain.

5. Setelah selesai masukkan semua maklumat, selak helaian envelope dan koyakkan salinan berwarna kuning. Salinan kuning ini adalah untuk simpanan anda. Kemudian masukkan cek anda ke dalam envelope dengan kemas.


6. Masukkan ke dalam mesin deposit cek, dan kerja anda selesai. :)


7. Nota Tambahan.
► Setiap bank akan mengambil masa yang berbeza untuk proses cek dari luar negara. Biasanya dalam masa 2-3minggu.
► Setiap transaksi yang dilakukan, bank akan ambil sedikit komisen (% bergantung kepada bank), dan stamp duty.
► Setiap transaksi yang berjaya, pihak bank akan menghantar maklumat transkasi ke rumah anda seperti di bawah.

Tutorial Cara Pasang Sendiri (DIY) Kipas Siling

Dalam entri sebelum ini berkaitan kipas siling, sudah diterangkan tutorial cara untuk memasang penggantung (hook) kipas. Tutorial kali ini pula akan menerangkan langkah kedua iaitu bagaimana untuk pasang kipas siling.Ia akan merangkumi pemasangan komponen, bilah kipas, penutup, kemasan skrew dan penggantungan kipas.
.
Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, terdapat 3 langkah utama dalam pemasangan kipas.

a) Pemasangan penyangkut kipas
b) Pemasangan kipas ( motor + bilah)
c) Pemasangan pengubah kelajuan ( regulator) untuk kipas biasa ( tidak guna remote control).

Tutorial cara memasang kipas siling sendiri seperti berikut:

1.0 Komponen kipas.
1.1 Kenalpasti komponen kipas yang disediakan. Pastikan terdapat barang-barang berikut dari kedai yang anda beli.


2. Pasangkan tangkai (rod) pada sambungan di motor kipas.
2.1 Buka bolt, nut, washer pada rod untuk membolehkan dipasang pada sambungan. Dan juga terdapat beberapa jenis kipas di pasaran, ada yang mempunyai 'suis keselamatan' ada yang tiada suis keselamatan.


2.2 Pastikan pemasangan tangkai pada sambungan adalah betul jika kipas jenis yang mempunyai suis keselamatan. Jika tidak dipasangan dengan betul, kipas tidak akan berfungsi. ( Suis keselamatan berfungi mengalirkan arus 'Live'). Jika kipas jenis tiada suis keselamatan ini, boleh masukkan terus rod pada sambungan.


2.3 Pemasangan rod pada sambungan yang betul adalah seperti berikut. Pastikan kesemua bolt, nut, dan washer dipasangan dengan betul.

3.0 Pemasangan Bilah Kipas
► Untuk bahagian ini terdapat 2 cara yang boleh buat. Samada pasang bilah pada kipas dahulu kemudian baru gantung, atau gantung kipas dahulu kemudian baru pasang bilah. Saya suka pasang bilah dahulu.

3.1 Buka screw pada badan kipas, dan pasangan bilah. Pastikan apabila screw diketatkan, washer ada disertakan bersama.


3.2 Contoh siap dipasang bilah.


4.0 Wiring.
4.1 Pasangkan wayar dengan betul pada sambungan rod dan badan kipas. Pastikan pemasangan adalah betul dan sila rujuk buku panduan jika anda tidak pasti. Tiga wayar utama ialah 'bumi (earth)', 'neutral' dan 'hidup(live)'. Agak sukar untuk saya bagitahu secara spesifik wayar apa mewakili warna apa, ini kerana terdapat perbezaan antara pengeluar, pembuat wiring rumah. Baca sini untuk lanjut.
4.2 Biasa saya akan cuba sendiri menggunakan 'test pen' untuk menentukan wire 'live'. Rujuk kepada manual dan orang yang lebih arif tentang elektrik adalah digalakkan.


5.0 Safety
5.1 Pasangkan tali keselamatan dan penutup alatan elektrik.
Tips untuk pasang cover : jangan terlalu rapat dengan tapak atau bahasa mudahnya jangan ada sentuhan pada badan kipas. Jika tidak akan mengeluarkan bunyi bergesel apabila kipas di pasang.


6.0 Penggantungan kipas dan kemasan
6.1 Masukkan getah pada hook dan juga besi penyangkut. Terdapat beberapa jenis besi penyangkut berdasarkan pengeluar kipas.Gantungkan rod kipas pada besi penyangkut.
6.2 Seperti yang dinyatakan pada langkah 4.0, wiring adalah sedikit berbeza bergantung kepada pengeluar dan pembuat wiring rumah. Dapatkan tunjuk ajar dari yang arif jika tidak pasti.
6.3 Selepas selesai membuat sambungan elektrik, pasangkan tali keselamatan dan juga penutup bahagian atas.


7.0. Selesai

Tugas anda untuk memasang kipas sudah selesai.
►Bagi yang menggunakan kipas tanpa remote control (auto), kerja anda sudah selesai dan sudah boleh mula menggunakan kipas anda.
►Jika, bagi yang sebelum ini menggunakan kipas manual, tetapi hanya kipas sahaja yang rosak, juga boleh terus menggunakan kipas ini. Tidak perlu untuk menukar regulator(pelaras kelajuan) walaupun requlator dari brand lain.
► Jika, ini kali pertama anda memasang kipas manual untuk rumah anda, atau requlator kipas anda rosak, nantikan tutorial akan datang untuk bagaimana cara memasang regular / pelaras kelajuan kipas.


p/s: Rasa tutorial ini berguna dan membantu.?
Share kepada rakan² juga..:)



Posted in