Showing posts with label Tips Blogging. Show all posts
Showing posts with label Tips Blogging. Show all posts

Analisis Blogger Di Malaysia : Graf & Data (Daripada 10,365 url blog)

Di Malaysia, terdapat ramai blogger. Tetapi dalam ramai-ramai ini, pernahkan anda terpikir berapa peratuskah yang url blognya bermula dengan huruf 'a' dan berapa peratus bermula dengan huruf 'k', berapa peratus yang menggunakan blogspot dan berapa peratus menggunakan domain sendiri.? Untuk kali ini, admin bawakan analisis dalam bentuk graf dan data untuk mengetahui secara kasar taburan / kelompok blogger tertentu untuk kategori tertentu.

Mungkin ada yang tertanya, bagaimana admin buat analisa ini.? Berapa banyak url blogger yang terlibat dan bagaimana dapatkan url semua ini. Admin kumpulkan sebanyak 10,365 (yup, 10ribu) url blogger yang terdapat di Malaysia (walaupun tidak semua, tetapi jumlah ini sudah cukup besar). Dan yang penting juga, kesemua url ini adalah unik. Tidak ada satu pun url yang sama.

Terdapat beberapa cara yang membolehkan admin kumpulkan url ini, salah satunya admin kumpul dari senarai bloglist blogger yang ada, tetapi untuk detail bagaimana admin buat dengan cepat dan pantas rsanya tidak perlu diberitahu caranya. Cuma untuk bagitahu bahawa analisis ini adalah berdasarkan sejumlah 10,365 yang memadai untuk dijadikan graf dan peratus.

Ok, analisis dari kesemua url ini adalah seperti berikut.

1. Peratus dan jumlah blogger yang menggunakan url blog dengan permulaan huruf A-Z atau nombor (diwakilkan dengan '#')adalah seperti berikut.
► 3 paling banyak ialah 'a', 'm' dan 's'
► 3 paling kurang ialah 'x', q', dan '#' (nombor)


2. Peratus dan jumlah blogger yang menggunakan url blog dengan pengakhiran huruf A-Z atau nombor (diwakilkan dengan '#')adalah seperti berikut ( pengakhiran tidak termasuk .blogspot.com atau .com)
► 3 paling banyak ialah 'a', 'e' dan 'n'
► 3 paling kuurang ialah 'v', 'w', dan 'q'



3. Peratus dan bilangan untuk jumlah huruf yang digunakan untuk url blog. (tidak termasuk .blogspot.com atau .com)
(Jumlah huruf yang dimaksudkan juga termasuk nombor jika ada dalam url blog)
► 3 paling banyak ialah '10huruf', '11huruf' dan '9huruf'
► 3 paling sedikit ialah '36huruf', '30huruf' dan '3huruf'

4. URL blog samada terdiri daripada huruf, nombor atau kombinasi keduanya.
► 89.9% menggunakan huruf sahaja
► 0.01% menggunakan nombor sahaja
► 11.1% menggunakan kombinasi huruf dan nombor

5. Domain percuma atau domain berbayar. Percuma ialah .blogspot.com, berbayar ialah .com (termasuk dari blogger dan wordpress)
► 89.2% menggunakan domain percuma
► 10.8% menggunakan domain berbayar.


-----------------------------------------

Menarik :

► Bila admin buat analisis (No3), jumlah huruf yang digunakan dalam url blog, terpikir juga apa jenis url sampai jumlah hurufnya sampai 36.?
Ini jawapannya. : http://akutamawstopblogginlagijgnpakseakuok.blogspot.com

Kalau yang sukar hendak baca, url ini ialah 'aku ta maw stop bloggin lagi jgn pakse aku ok'. (omg, ada juga url macam ini rupanya.:)Dan sungguh ironik sekali kerana url ini merujuk kepada lirik lagu.!. ( ada owner nak claim ni blog dia tak.?.:)

► Dan juga, untuk analisis (No4), terdapat satu blog yang menggunakan nombor sepenuhnya untuk urlnya.Blog yang dimaksudkan ialah : http://7800521.blogspot.com
admin pun tidak pasti apakah maksud di sebaliknya, tetapi menjadi satu-satunya blog yang menggunakan nombor dari keseluruhan 10,365 url agak unik juga.:)

-----------------------------

Berdasarkan analisis ini, diharap para blogger sekalian dapat mengetahui dengan lebih jelas bagaimana demographic blogger yang terdapat di Malaysia ini. Sudah tengok url blog anda termasuk dalam peratusan yang mana.? :)


Tips SEO : Blog Title dan Description

Dalam entri lepas, admin ada bagitahu tentang kepentingan mempunyai url blog yang bersesuaian dengan tujuan berblogging, Tips SEO : Url blog / Niche blog. Dan mungkin seperti yang diketahui, mungkin ada yang ramai 'sayang' untuk tukar alamat blog yang asal.



Oleh itu, untuk kali ni admin akan tekankan faktor seterusnya yang penting untuk menarik trafik ke blog kita daripada search engine. Title blog dan description adalah yang seterusnya. Ini juga boleh dikatakan sebagai identiti sesebuah blog. Seperti blog ini admin menggunakan identiti Tutorial untuk blog dan tips blogspot.


Kenapa title dan description penting.

Ok admin buat contoh yang mudah, kalau anda suka satu lagu, apa yang biasanya anda pikir untuk merujuk kepada lagu tersebut. Tajuk lagu, artis, dan album serta mungkin tahun lagu keluar. So ini boleh admin katakan sebagai title dan description. Begitu juga blog, title dan description penting sebagai pengenalan awal, selepas itu baru masuk bab lirik (entri) dan lain-lain.
(macam tak best je contoh admin bagi ni.:)

Bagaimana hendak letak/ubah title dan description

Untuk pengguna blogger, tidak sukar untuk menukar title blog dan description.

Dari dashbord > settings > basic
Dan anda akan lihat bahagian title dan description. Anda boleh letak title dan description mengikut apa yang anda kehendaki yang bersesuaian dengan blog anda.
Contoh title dan description blog ini adalah seperti di bawah.




Bagaimana untuk letakkan title dan description.?

1. Untuk title, tidak perlu begitu banyak perkataan, cukuplah antara 3 hingga 5 patah perkataan. Jika terlalu banyak, sebenarnya agak menggangu apabila diindex di search engine. Ini kerana apabila diindex oleh search engine, title blog ini akan ditunjuk bersama title entri dalam result di search engine. Dan title blog juga akan dipaparkan di browser.



2. Untuk description boleh buat ayat sehingga 500 patah perkataan. Kebiasaannya untuk description ini akan ditunjukkan di bawah title blog.
description blog boleh dibuat dalam ayat yang menerangkan apa kandungan blog anda dan juga kenapa blog itu diwujudkan.

------------------

Penggunaan title dan description blog yang betul secara tidak langsung membuka mata search engine kepada blog anda. Admin tahu mungkin masih ada yang was-was hendak tukar title blog, mungkin sebab title blog sekarang sudah 'cantik', lagi² yang berblogging sekadar suka².:)

Bagi yang blogging memang ada tujuan yang khusus, baik anda tukar title dan description anda. Besar juga kesannya kepada SEO blog anda.:)Dan juga untuk title dan description ini, masih ada beberapa 'penambahbaikan' yang boleh dilakukan kepada keduanya. Admin akan ceritakan dalam entri seterusnya.

Happy blogging.:)

Tips SEO : Url blog / Niche blog

Apabila hendak daftar buat blog pada kali pertama, apa yang anda pikirkan.? Semestinya anda akan pikir apakah alamat blog yang anda rasa berkenan. Mungkin pada awal berblogging url blog dirasakan tidak penting, tetapi setelah lama sedikit dalam arena blogging ini, barulah diketahui pentingnya untuk mempunyai alamat blog yang bagus.



Ini kerana, alamat blog atau senang dinamakan url blog adalah salah satu faktor utama dan paling penting untuk SEO. Sebelum ini admin juga ada buat satu entri di blog unwanted untuk tips pemilihan url blog, dan anda boleh tengok point no 5 iaitu pemilihan url blog yang berkaitan.

Apabila memilih url blog yang betul, secara tidak langsung anda telah menggunakan teknik SEO samada anda sedar atau tidak pada permulaannya. Anda juga boleh tengok url blog tutorial ini, iaitu tutorialuntukblog. Walaupun sebelum ini admin juga ada buat tutorial di blog unwanted, kemudian admin sambung di blog ini. Tajuk yang admin pilih untuk blog ini memang untuk menjadikan lebih mesra SEO.



Niche blog boleh dikatakan sama sahaja dengan alamat blog dan url blog, tetapi perkataan niche ini biasanya digunakan untuk blogger yang menggunakan domain dan hosting sendiri.

Contoh?

Anda hendak buat blog berkaitan komputer, dan hendak mendapatkan trafik ke blog tersebut dengan menggunakan url yang sesuai,
so url yang mungkin bagus untuk SEO anda ialah; tipskomputer, tips-komputer, belajarkomputer, ilmukomputer. Jika url sebegini digunakan, kemungkinan untuk diindex di engin pencarian adalah lebih tinggi.



Bagaimana jika url sekarang tidak seperti yang dikehendaki.?

Tidak perlu bimbang dan tergesa-gesa. Kalau blog anda sekarang bukan url yang bagus, ada boleh tukarkan alamat blog, tetapi admin rasa tidak ramai yang sanggup lagi² jika url blog itu memang sudah ada maksud yang tersendiri. Admin juga sayang url unwanted86 apa dan admin tidak tukar pun.:)

Jangan bimbang kerana tidak semestinya faktor url blog sahaja untuk SEO ini, ada lagi faktor² lain yang berkaitan. Cuma kalau url 'kena' menguatkan lagi SEO anda. Tetapi jika url anda tidak begitu cantik, boleh guna lagi teknik² SEO yang lain. Jika url anda cantik, anda ada satu kelebihan.:)

Apa Itu SEO

Bergelar seorang blogger, antara perkataan yang akan jumpai dalam dunia blogging ini adalah SEO. Boleh dikatakan SEO ini memang agak glamour terutamanya di kalangan blogger yang sudah agak lama bertapak di dunia blogging.



Bagi blogger baru, mungkin masih tertanya-tanya, apakah sebenarnya SEO ini. Apakah kesan yang dibawa kepada seseorang blogger. Kenapa sesetengah orang terkejar-kejarkan SEO, kenapa sesetengah orang tidak kisah berkaitan SEO. Kali ni admin akan terangkan secara ringkas pengenalan kepada SEO, semestinya kepada blogger baru di arena blogging ini.:)

Apa itu SEO.

- SEO adalah ringkasan kepada Search Engine Optimization. Kalau bahasa mudahnya adalah cara untuk mengoptimumkan apa yang anda buat di blog anda supaya blog anda tersenarai di search engine seperti google, yahoo, bing dan lain².


Apa tujuan SEO.

-Tujuan utama SEO bagi seorang blogger yang menggunakan teknik SEO adalah untuk mendapatkan trafik dari search engine. Kemudian baru berkaitan dengan pagerank, eaning dan sebagainya. Tetapi tujuan utama adalah trafik dari search engine.


Perlu ke SEO pada blogging.

- Pada blogger yang pentingkan trafik untuk ke blog mereka, YA.
Dan paling kurang tahu basic² utama dalam SEO ini.
- Bagi blogger yang berblogging sekadar diari, mengisi masa lapang, atau berblogging sekadar ada blog, SEO tidak begitu penting.


Banyak ke teknik SEO ini.

-Ya, ada banyak teknik SEO.
Admin akan terangkan dalam post-post lain selepas ini.


Kalau buat SEO ni konfirm berjaya ke.?

- Admin tidak boleh kata konfirm. Tetapi bagi sesiapa yang menggunakan dan mencubanya boleh dikatakan akan menampakkan hasilnya.



Contoh hasil SEO.?

Ini admin ambil dari blog admin satu lagi, unwanted86.blogspot.com. Berkaitan bulan ramadhan, so target SEO admin berkaitan ramadan. Gambar di bawah contoh trafik hasil SEO.

Apa Itu SEO



Ada beza ke SEO dan SERP.

Yup berbeza.
SEO - Search Engine Optimizationn - Lebih kepada teknik
SERP - Search Engine Results Page - Kedudukan dalam search engine. (kurang glamour:)



Perkaitan keduanya.?

Power SEO, akan power SERP.
Boleh kata SEO adalah usaha, SERP adalah hasil.:)


So, apa tekniknya.?

- nanti admin akan bagitahu dalam next entri. Ini kan baru pengenalan.:)

Tips Menaip Entri Dalam Blog : Part 2

Sambungan daripada tips menaip entri dalam blog part 1, entri kali ini akan memberikan 3 lagi point yang boleh dititikberatkan jika anda menaip entri di dalam blog. Bagi yang belum membaca part 1, anda boleh baca dahulu sebelum sambung entri ini. Atau mana-mana dahulu pun boleh.:)



Untuk kali ini, 3 lagi point yang anda perlu pertimbangkan untuk menaip adalah seperti berikut.

1. Gambar

Meletakkan gambar adalah penting untuk sesebuah entri. Kewujudan gambar akan lebih mencorakkan lagi apa yang anda taip di dalam blog. Jadi gambar sememangnya mempengaruhi minat pengunjung untuk membaca kandungan entri anda.


Kalau anda baca buku, kan best kalau ada diselitkan gambar. Begitu juga entri blog. Paling kurang gambar yang ada adalah sekeping atau berapa banyak yang dirasakan perlu. Tetapi pastikan juga jangan letak terlalu banyak gambar dalam entri melainkan entri yang memang berbentuk penerangan bergambar.


2. Provokasi

Adakah bagus untuk melakukan provokasi semasa menaip blog.?. Jawapannya adalah YA. Menaip entri yang berbentuk provokasi sememangnya salah satu teknik menaip yang mampu menarik lebih ramai pengunjung untuk membaca dan komen.


Tetapi harus diingatkan, jangan melakukan provokasi yang bersifat keras. Lakukan provokasi yang lebih bersifat lembut dan menarik orang untuk membaca dan komen yang bernas, bukannya membaca dan di balas dengan cacian. Dan jika anda hendak tahu, entri yang melakukan provokasi pada jantina yang berlainan lagi bagus.:)

Provokasi akan membuatkan pembaca berasa 'geram' untuk baca dan komen..:). Contoh provokasi 'lembut' untuk lelaki, Lelaki memang banyak bagi alasan macam ni eh.?, dan contoh provokasi 'lembut' terhadap perempuan yang pernah ditaip sebelum ini.,Perempuan memang selalu macam ni eh. So entri ini akan membuatkan pembaca akan berasa relax untuk membaca dan rasa hendak komen je berbanding entri berbentuk fakta.:)


3. Persoalan.

Tinggalkan persoalan untuk entri anda. Persoalan juga boleh memacu pembaca untuk ingin selalu mengikuti setiap entri anda. Selain itu, persoalan juga membolehkan pembaca lebih berminat untuk menghantar komen.



Contoh, jika anda buat persoalan, "Hendak tahu apa yang terjadi lepas tu.? Nanti aku cerita dalam entri akan datang ye.". Apabila membaca, pembaca ingin tahu apa yang berlaku dan kemungkinan akan datang lagi untuk membaca. Kerana entri anda menimbulkan pertanyaan di pikiran mereka.

Juga boleh tinggalkan persoalan di akhir entri untuk pendapat, seperti " Apa yang korang rasa, perlu tak aku teruskan hubungan ini?"..(psst:tetapi janganla setiap entri ada persoalan pula.:)

Entri sebegini akan membentuk satu pembacaan yang bercorak pelbagai, bukan entri yang berbentuk mendatar sahaja.:)

------------------------------------------

Kebiasaaannya, untuk menghasilkan entri yang menarik, ianya lebih kepada pendekatan psikologi dan pengetahuan anda kepada sifat dan perlakuan manusia. Sebab jika anda menaip entri sebenarnya banyak pandangan orang dari perspektif yang berbeza. So ianya bergantung bagaimana anda tackle emosi pengunjung blog anda. Dan cara untuk tackle adalah hasilkan entri yang menarik perhatian mahkluk bernama manusia.:)

Tips Menaip Entri Dalam Blog : Part 1

Cara penghasilan entri dalam blog merupakan element yang perlu dititikberatkan untuk menaip dalam blog. Walaupun blog tidak mempunyai format untuk menaip seperti mana karangan bahasa melayu, tetapi cara menghasilkan entri dalam blog penting untuk mencerminkan bagaimana pemilik blog menguruskan blog sendiri.



Cara menaip yang bagus juga akan memastikan pengunjung blog anda akan tertarik kepada blog anda, ditambah pula dengan faktor-faktor lain. Boleh dikatakan, cara menaip dalam blog antara perkara yang tidak boleh dipandang enteng oleh pemilik blog.

Apakah cara/bagaimanakah kandungan blog yang sepatutnya untuk menaip sesebuah entri?.


1. Perenggan

Ini sebenarnya antara perkara yang paling penting semasa menaip sesuatu dalam blog. Tidak kiralah samada blog berbentuk peribadi, maklumat, perkongsian, pengalaman atau apa sahaja. Perenggan akan memudahkan pengunjung blog anda membaca apa yang anda hendak sampaikan. Dan juga mempengaruhi pemahaman untuk sesebuah entri.

Ini adalah perenggan kedua. Tengok untuk taip point ini pun perenggan di buat untuk memudahkan anda membaca bukan.?.:). Bayangkan kalau sesebuah entri itu mempunyai ayat yang berterusan 1000 patah perkataan, tidak ke letih mata melihatnya. Hendak membaca pun boleh jadi tiada mood.:). Lagipun karangan masa sekolah pun diajar untuk buat perenggan, jadi kenapa tidak aplikasikan dalam penulisan blog.:)


2. Perkataan.

Perkataan juga memainkan peranan dalam menghasilkan sebuat entri yang baik. Pastikan kalau bleh anda menggunakan perkataan bahasa baku sebanyak mungkin dan penting juga perkataan yang anda gunakan mudah difahami oleh pengunjung. Sekali sekala tiada masalah kalau hendak guna short form atau perkataan meleret. Tapi kalau selalu sangat, hendak membaca pun tergeliat lidah hendak menyebutnya.

Contoh, Sayeeerr sukerr sangat tawww...Kalau ayat macam ini diletakkan untuk dialog ok lagi. Kalau sepanjang-panjang entri perkataan macam ini, sakit juga hendak membaca.:). tujuan menghasilkan entri juga untuk memudahkan kefahaman kepada pengunjung blog. Contoh walaupun anda seorang doctor, takkan semua entri hendak guna bahasa saintifik je kan. Lainlah kalau pengunjung blog anda semuanya doktor.:)


3. Entri jangan terlalu panjang.

Mungkin anda seorang yang begitu hebat mengarang. Tetapi kehebatan anda mengarang sehingga sehari tanpa henti bukan petunjuk yang baik kepada pengunjung anda. Pembaca juga akan merasa bosan jika entri yang dihasilkan terlalu panjang. Lagi satu, jika entri terlalu panjang, kemungkinan untuk melalut (lari dari tajuk entri) juga boleh berlaku.

Oleh itu biarkan entri anda bersesuaian untuk dibaca, mungkin ambil masa 5 minit berbanding anda menghasilkan entri yang memerlukan 1jam untuk habiskan.:).
Tetapi, jika memang anda anda perkara bagus atau penting untuk diberitahu pengunjung, boleh dijadikan dalam beberapa bahagian entri. seperti part 1, part 2 dan seterusnya. Itu akan lebih selesa di baca berbanding satu entri yang terlalu panjang.

Adakah anda juga perasan entri ini baru sahaja untuk part 1.?.:)

-------------------------------------------

Menaip entri dengan cara yang betul untuk mengekalkan blog anda lebih kepada mesra pengunjung. Kecualilah kalau blog anda tu anda baca seorang sahaja.:)

Dan tunggukan untuk next entri untuk tips menaip entri dalam blog untuk part 2.:)

Happy blogging.:)


Note: Entri asal ditaip diblog unwanted86.blogspot.com.