Cara Periksa Aras Minyak Hitam/Enjin Kereta

Memeriksa minyak hitam kereta (atau lebih formal dikenali sebagai minyak enjin) antara perkara penting yang boleh dilakukan untuk memastikan minyak pelincir untuk enjin ini sentiasa dalam keadaan yang mencukupi.

2 perkara utama yang dapat ditentukan dari pemeriksaan ini ialah
i) Jika berlaku kebocoran minyak hitam tanpa disedari yang menyebabkan minyak hitam kurang.
ii) Jika minyak hitam yang baru ditukar tidak mencukupi / terlebih.

Cara untuk memeriksa minyak hitam / enjin kereta adalah seperti berikut.

1. Buka hood kereta ( ada yang panggil bonet depan).


2. Kenalpasti kedudukan pelaras pemeriksa. Biasanya bertangkai dan bersebelahan dengan enjin.


3. Tarik ke atas dengan perlahan. Biasanya akan dapat rasa ianya akan berpusing. Ikut putaran semasa tarik dengan lembut.


4. Terdapat dua sukatan yang menunjukkan aras maksimum dan aras minimum yang dicadangkan oleh pengeluar kereta. Dan juga bahagian hujung yang berpilin (twist) adalah normal.


5 Berikut adalah contoh aras minyak yang normal. Ulang langkah 3-4 beberapa kali untuk benar² pasti.


6. Setelah selesai melakukan pemeriksaan, masukkan semula ke tempat asalnya dan pastikan ianya ditutup rapat.

7. Jika, aras minyak melebihi aras maksimum atau kurang dari aras minimum, dapatkan nasihat dari bengkel berkaitan masalah yang dihadapi untuk memastikan enjin kereta sentiasa berada dalam keadaan terbaik.


Nota: Pastikan sebelum membuat pemeriksaan, kereta berada dalam keadaan mendatar.


Posted in 

1 comment: