Gol Terpantas Piala Dunia 2014

Sehingga 17 June 2014, gol terpantas yang dijaringkan di Piala Dunia 2014 ialah pada minit 1' (pertama), atau lebih tepat pada saat ke 30. Gol paling cepat ini dijaringkan semasa perlawanan antara USA vs Ghana untuk peringkat kumpulan.

Gol terpantas ini dijaringkan oleh Clint Dempsey setelah berjaya melepasi pertahanan Ghana dan melepaskan sepakan menggunakan kaki kiri. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Natal pada 17 June 2014 berkesudahan dengan kemenangan di pihak USA dengan 2-1.


 


Untuk sejarah gol terpantas yang pernah dijaringkan dalam sejarah penganjuran Piala Dunia, jaringan terpantas dijaringkan oleh Hakan Sukur ketika mewakili Turki melawan Korea Selatan pada tahun 2002. Hakan Sukur menjaringkan gol pada saat ke 11 menjadikannya sebagai gol terpantas dalam sejarah penganjuran Piala Dunia sehingga kini

.  

-------------------------- 

Untuk mendapatkan keputusan penuh dan kedudukan terkini kesemua pasukan bertanding, sila rujuk ► Kedudukan Terkini Piala Dunia 2014 ◄. Dikemaskini setiap hari selepas perlawanan terakhir pada hari tersebut.

0 comments:

Post a Comment