Tips dan Cara Menyiasat Pasangan Di Facebook

Bagaimana hendak siasat samada pasangan cuba menjalin hubungan lain di belakang anda.? Itu mungkin perkara yang bermain dipikiran sesetengah orang.

Di zaman yang serba moden, memang tidak dapat lari dari laman sosial yang cukup dikenali, facebook. Jika anda seorang yang rajin membaca, tentu anda pernah membaca kisah suami curang disebabkan facebook, isteri curang kerana facebook, bf curang, gf curang, semuanya kerana facebook.


Semestinya tidak ada sesiapa yang sanggup menjadi mangsa dalam keadaan ini. Berurusan dengan facebook sememangnya sesuatu yang memeningkan. Jika pasangan anda sentiasa online facebook, anda tidak boleh terus mengatakannya curang, kerana tiada bukti atau tanda yang kukuh.

Jadi, tutorial kali ni (bukan tutorial blog ye), bercerita tentang, bagaimana anda (jika merasa sangsi dengan pasangan), untuk meyakinkan anda bahawa pasangan itu berkemungkinan untuk curang atau tidak di facebook.

Antara cara-cara yang boleh dilakukan di facebook pasangan anda ialah:

1. Buka 'Activity Log' dan klik pada 'Include Only Me Activity' dan perhatikan aktiviti yang telah dilakukan oleh pasangan di facebook.

Di dalam ini, SEMUA aktiviti yang dilakukan oleh pemilik akaun akan dipaparkan. Ini adalah antara cara yang paling mudah untuk kenalpasti apa yang dilakukan oleh pasangan anda semasa dia berada di facebook.


Antara perkara yang boleh dikenalpasti ialah,
a) Siapa yang dia like. (kalau yang awek cun/pakwe hensem, berjaga² la ye)
b) Siapa yang dia cari. (ini memang bukan kebetulan, pemilik memang sengaja mencari seseorang, lagi parah kalau exbf/exgf)
c) Siapa yang dia baru jadi kawan. (Kalau kawan rapat yang dikenali tak pe la, kalau tak tahu entah siapa, tetapi jadi kawan tu kenalah tanya lanjut)


2. Pada timeline, perhatikan pada simbol share pada status pasangan anda.

-Anda tidak akan tahu dengan siapa pasangana anda share status jika dilihat dari timeline anda. Apa yang perlu diperhatikan ialah simbol custom share.. custom share menunjukkan pemilik dengan sengaja cuba menyembunyikan sesuatu dari seseorang. Kalau baik tujuannya tidak mengapa. Kalau yang senarai yang tidak dikongsi ialah anda, bagaimana.?

*salah ejaan simbol. :)

Dari simbol ini, apa yang boleh dikenalpasti.
a) Paling kritikal kalau dalam senarai except share ialah nama anda.
b) Baca status tersebut, kerana kalau dari timeline anda, anda tidak akan boleh tengok/baca status itu.
c) Jika berkaitan anda, atau perempuan/lelaki lain, bolehlah anda bertanya lanjut untuk mendapatkan penjelasan.

3. Pada ruangan message, selain tengok apa yang ada, klik More kemudian klik Archived

-Kebiasaan pengguna facebook akan klik ada 'x' untuk padamkan message. Mungkin mereka tidak sedar sebenarnya mesej tersebut tidak terus dibuang. Oleh itu, dengan periksa ruangan 'archived' anda akan nampak mesej² lama pasangan anda.


Jadi bergantung kepada anda untuk meneruskan pembacaan mesej tersebut. Biasanya mudah sahaja, pada muka hadapan akan ada preview mesej yang dihantar. Kalau preview sebagai 'weh, bila nak pulang duit'.. itu mungkin anda tak perlu buka pun.. tetapi kalau previewnya ialah 'rindulah kat awak'...memang sah anda kena buka mesej tersebut dan selidik..


-----------------------------------------------------------------------------------------------

Cukup setakat ini admin kongsikan 3 tips bagaimana jika anda ingin mengetahui lebih dalam perihal pasangan anda dan facebooknya.
Jika anda ada pengalaman, jika sudi untuk kongsi, boleh share di ruangan komen dan letakkan nama anda sebagai 'anonymous'

Penafian:
Kaedah dan cara ini tidak semestinya 100% berkesan. Ianya lebih kepada pendapat admin berdasarkan pemerhatian dan pembacaan admin dalam hal yang berkaitan. Adalah penting untuk setiap pembaca membuat pertimbangan atas kewajaran sendiri.

Jika anda rasakan entri ini berguna kepada anda atau kenalan, kenapa tidak share entri ini di facebook/blog anda?
Kepada yang ingin berlaku curang, mungkin anda tidak mengemari entri ini. Tapi apakan daya, admin menang suka berkongsi pelbagai tips.:)

5 comments:

  1. Owhh..camtu yer...hehe,thanks admin...

    ReplyDelete
  2. Owhh..camtu yer...hehe,thanks admin...

    ReplyDelete
  3. Tanpa login acc isteri x dapat ke

    ReplyDelete
  4. Are there online resources or relationship experts who can provide guidance on handling Facebook-related concerns in a relationship? greeting : Telkom University

    ReplyDelete