Tips dan Trik Berada Di Pasar Malam : Part 1

Semua orang sukakan pasar malam, (ok, bukan semua). Selain pasar malam ada juga beberapa tempat yang dipanggil sebagai pasar minggu. Boleh di hampir setiap mukim/daerah ada kepelbagaian pasar malam, samada dubuka setiap malam, seminggu sekali atau 2 minggu sekali.

img src:kl-today

Dengan beranggapan anda semua adalah salah seorang pengunjung pasar malam, tentu ada beberapa perkara yang boleh dikongsikan. Jadi kali ini admin ingin kongsikan tip berdasarkan pengamatan admin sendiri, tips dan trik yang diperlukan apabila anda berada di pasar malam. Untuk part 1 ini, admin fokuskan kepada kategori tidak membeli untuk sendiri. Maksudnya tip dan trik ini tidak melibatkan sebarang pembelian untuk keperluan diri sendiri seperti beli sayur, buah, air.

Jadi apa tips dan triknya.?


1. Masuk dari jalan orang pulang/balik.
Katakan sebuah pasar malam, yang agak sesak dan ada dua 'pintu' keluar masuk. Satu di hujung sebelah kiri (A), satu di hujung sebelah kanan (B). Dan kebiasaanya ramai orang masuk dari pintu A, mungkin disebabkan keadaan geografinya yang dekat jalan utama, dekat dengan stesen minyak atau sebagainya. Sudah tentu orang berpusu² masuk dari pintu A.


img src:isaactan

Jadi, apa yang perlu anda lakukan, masuk dari pintu B. Sebabnya.?
a)Aliran pergerakan. Apabila aliran pergerakan terlalu sibuk dan terhenti-henti.Kesukaran untuk bergerak memang pasti. Dan kebiasaan pintu (B) ini digunakan pengunjung untuk pulang. Jadi, alirannya lebih lancar dan kurang aliran pergerakan lebih kurang berbanding pintu masuk utama, (A). Anda akan dapati lebih mudah untuk anda bergerak, dan berhenti membeli makanan.

2. Ikut belakang pengunjung yang datang bawa anak.
Apabila seseorang membawa anak ke pasar malam, semestinya keselamatan anak adalah paling utama. Kalau boleh hendak anak mereka akan sentiasa berada di sisi mereka. Dan, untuk pengunjung lain juga, apabila melihat kanak-kanak ada di hadapan, mereka akan lebih memberi ruangan untuk pasangan anak. (walaupun tidaklah samai hamparkan karpet merah)

Jadi, itulah peluang anda untuk berjalan dengan lebih selesa. Kemungkinan ruang yang luas tersedia untuk anda. Bolehlah anda berjalan perlahan-lahan di belakang mereka tanpa gangguan aliran manusia. Tetapi janganlah terlalu mengikut pula, kan boleh dituduh cuba menculik budak.

Dan, sebolehnya jangan ikut perempuan yang berpakaian seksi. Kerana berdasarkan pemerhatian admin secara kasar ini, tak tahu la kebetulan atau tidak. Admin nampak ramai yang suka menghimpit perempuan seksi ini. Ambil kesempatan merasa kulit yang halus mulus secara percuma.? Mintak dijauhkan. Jadi agak serabut dengan orang² depan mereka ini.

3. Pusing satu round.
Katakan anda ada begitu banyak masa, masa terluang untuk dihabiskan di pasar malam. Pusing satu pasar malam 1 round. Jangan pusing sahaja, tengok dahulu apa yang anda rasa perlu beli, bandingka harga, tengok dia punya paparan makanan cantik atau tidak.
Secara tidak langsung untuk hari itu, harga² dan barangan yang ada di pasar malam sudah ada di dalam otak anda.

Mungkin juga bila anda pusing satu round, barulah jumpa apa yang anda paling suka di bahagian hujung sekali. ( hujung bagi sesetengah orang, permulaan bagi sesetengah orang). Dan jika selepas buat perbandingan semua barang yang ada di pasar malam, anda buat keputusan untuk beli di kedai paling hujung, bukankan anda ada banyak masa terluang.?, jikakan tidak, masakan anda berada di pasar malam.:)

4. Memberi sedekah / pengemis
Apabila melihat gelagat pengemis, timbul rasa kasihan. Hendak beri sumbangan, tetapi apabila pikirkan pendedahan yang dilakukan oleh beberapa rancangan tentang pengemis yang kaya raya, timbul pula rasa curiga/sangsi/was² untuk melakukan sumbangan.
Bagi admin, perkara pokok dahulu, hendak bagi atau tak hendak bagi.? Kalau bagi, ada caranya, kalau tak mahu bagi, berhenti dari memikirkan yang bukan².
img src:sinar

Jika hendak memberi sumbangan, beri dalam bentuk makanan atau minuman atau peralatan. Dengan cara ini dapat menghapuskan curiga anda jika anda berikan duit kepadanya.

Tengok keadaannya, kalau nampak macam lapar, belikan makanan yang boleh dimakan segera seperti burger/karipap, ect
Kalau nampak dahaga, belikan minuman. Kalau nampak tak pakai selipar, belikan selipar.
Kalau nampak macam semuanya ok, (tetapi mungkin tak de kaki, tak de jari), belikan samada buah atau air dalam botol. Dengan cara ini si peminta sedekah dapat gunakan untuk kemudian masa, dan anda juga tidak rasa was² dengan duit yang dibelanjakan.



----------------------------------------------------

Rasa cukup 4 point dahulu admin kongsikan tips dan trik apabila di pasar malam, untuk kategori bukan membeli sebarang untuk keperluan diri. Untuk entri akan datang, admin akan kongsikan pula tips dan trik yang boleh anda aplikasikan apabila membeli keperluan di pasar malam.

Jika anda rasakan ada tips lain yang admin tidak masukkan disini, apa kata share di ruangan komen. Mungkin admin boleh masukka point anda untuk entri seterusnya.


2 comments:

  1. salam
    oo boleh cuba nak ke pasar malam jap lagi ni..hehee

    ReplyDelete
  2. Menarik tips dan trick ni... hehehe
    tak pernah terfikir pulak saya.
    Selalu main lalu je..... good idea!

    ReplyDelete