Perkara 'Wierd' Yang Boleh Terjadi Di Status Facebook

Dianggarkan seramai 13~14 juta penduduk Malaysia mempunyai akaun facebook. Boleh dikatakan bagi yang sentiasa berada di facebook, memang sudah 'masak' dengan perangai dan kepelbagaian yang ada di timeline/status facebook anda. Ada yang gembira, ada yang sedih dan ada yang anda sendiri tidak pasti bagaimana untuk berperasaan.

Admin juga adalah pengguna facebook, cuma kebelakangan ini tidak berminat lagi. Sebabnya.? mungkin akan diberitahu dalam entri akan datang. Oleh kerana kepelbagaian yang ada di facebook, admin ingin senaraikan beberapa point yang boleh dikatakan 'wierd' dengan bagaimana orang bertindakbalas dengan status anda.

Berikut adalah point-point yang admin pikirkan.

1. Lari dari topik status yang dimuatnaik.
  • Apabila anda memuatnaik status difacebook, ia menunjukkan keadaan anda ketika itu yang hendak berkongsi status itu. Tidak kiralah samada gembira atau sedih. Malah mungkin anda teruja untuk membalas komen jika ada kawan-kawan yang bertanyakan berkaitan status yang anda baru muatnaik.
  • Katakan anda pergi ke Korea pada musim sejuk dan anda memuatnaik status 'wah, cantik dan sejuknya keadaan di Korea sekarang ni'.
    Makanya jika ada kawan yang tanya ' berapa suhu kat sana sekarang.? best tak.?', tentu anda pun seronok hendak reply.

  • Nanti adalah kawan yang tidak memahami perasaan anda yang sedang berseronok, dia akan tanya perkara yang lari dari topik yang anda ingin sampaikan. Samada dia komen 'minggu lepas ko pergi tak jamuan sekolah rendah.?".
    Bertambah 'buruk', anda melayan dan akhirnya jadilah perbincangan anda berdua dengan kawan pasal jamuan sekolah berbanding background status di Korea yang anda kongsikan.


  • 2. Status bersedih kemudian bergelak ketawa dalam beberapa saat.
  • Selain status gembira di facebook, juga ada ketikanya kawan-kawan bersedih. Tidak kiralah samada masalah kerja, keluarga, dan juga hal peribadi. Dan sudah tentu tidak terlepas untuk berkongsi di status facebook.

  • Agak 'wierd' jika membaca status seseorang yang sedang bersedih, kemudian reply komen dengan nada bergelak ketawa.
    Katakan ada kawan anda berkongsi status, 'hidup ini memang malang, family halau dari rumah'.. nanti ada kawan-kawan komen, last² si empunya badan sendiri yang komen dengan nada gelak ketawa yang besar seperti 'haha, ko ni Abu, memang paling teruklah hahaha"... bukankan wierd begitu.?


  • 3. 'Like' untuk setuju atau simpati.
  • Biasanya kalau 'like' secara automatik anda beranggapan kawan-kawan 'suka/setuju/gembira' dengan apa yang anda muatnaikkan, samada status atau gambar. Ada juga keadaan 'like' anda tidak pasti apakan maksud yang sebenarnya.
  • Katakan anda mengalami keadaan hidup diperingkat yang sedih, iaitu baru kematian ibu/bapa. Sudah tentu, anda sangat bersedih..dan kemudian anda memuatnaik status kematian ibu/bapa anda, ataupun memuatnaik gambar pusara ibu/bapa anda.

  • Selepas anda memuatnaik berkaitan kematian itu, akan anda kawan-kawan anda yang 'Like' status atau gambar yang anda muatnaik. Pada ketika itu,ianya sangat 'wierd'. Apakah mereka yang 'like' itu suka dengan berita kematian yang anda baru lalui atau ingin menunjukkan rasa simpati.
    Kemungkinan besar mereka juga bersimpati, tetapi bukankan 'like' untuk tandanya 'suka'/'setuju'?

  • --------------------------------------------------------------------------------

    Ini bukanlah entri blog yang bernada sedih, jadi anda boleh 'like' atau 'share' entri ni.
    Betul, tak wierd pun. :)

    Ada lagi point lain yang anda rasa 'wierd' dengan status/komen di facebook.?
    Kongsikan dengan admin di ruangan komen, nanti boleh buat entri lain pula.:)


    10 comments: