Terdapat pelbagai cara hendak periksa saman JPJ, salah satunya ialah dengan menggunakan perkhidmatan secara online MyEG
Kali ini admin tunjukan cara bagaimana untuk check atau periksa samada anda mempunyai saman JPJ samada disedari atau tidak.
Atau mungkin anda sudah buang surat saman, tetapi selagi anda tidak selesaikan, selagi itulah rekod anda kekal dalam sistem JPJ.
Cara untuk periksa saman JPJ secara online di MyEg seperti berikut.
1. Buka website MyEG. https://www.myeg.com.my/ , kemudian masukkan nama dan password ( bagi yang sudah berdaftar).
1.1 Bagi yang belum berdaftar, klik
https://app1.myeg.com.my/eservices/Registration/registration.jsp dan lakukan pendaftaran. Bagi yang ragu² untuk berdaftar, eloklah berdaftar kerana banyak kelebihan yang anda boleh dapat dari akaun MyEG ini, selain periksa saman.
2. Selesai masukkan nama dan password, klik pada 'Log in'
3. Paparan baru akan muncul. klik pada "Jabatan Pengangkutan Jalan" seperti dalam gambar di bawah
4. Klik pada "Check & Pay Rid Summons"
5. Masukkan nombor kad pengenalan dan pilih kategori. Selepas itu klik "Submit/Hantar"
6. Tadaa... Kalau anda tiada saman, tahniah admin ucapkan. Kalau yang ada saman tu, nak pilih untuk bayar atau tengok sahaja pun boleh.:). Kalau hendak bayar, tick kotak akhir dan tekan "Submit/Hantar" dan diikuti proses seterusnya.
Kalau macam admin, buat masa sekarang admin tengok je dahulu.:)
---------------------------------
Bagaimana, sudah check berapa saman JPJ anda.? :)
Obat Wasir Stadium 3Obat Wasir Paling ManjurObat Wasir Stadium akutObat Wasir HerbalObat Wasir ApotikObat Wasir AlamiObat Penyakit WasirObat Wasir Cepat SembuhObat Wasir Tanpa OperasiObat Wasir Stadium lanjutObat Wasir De NatureObat Wasir Paling Murah
ReplyDelete