Update: Bagi yang sudah ada hook, dan ingin terus mengetahui cara pasang kipas siling, boleh rujuk tutorial terbaru ini, ►Tutorial Cara Pasang Sendiri (DIY) Kipas Siling
sumber gambar: westinghouselighting.
Sebelum admin meneruskan untuk tutorial ini iaitu bagaimana untuk pasang penyangkut untuk kipas siling, eloklah jika admin maklumkan terlebih dahulu, untuk pemasangan lengkap kipas siling, terdapat 3 asas utama iaitu.
a) Pemasangan penyangkut kipas
b) Pemasangan kipas ( motor + bilah)
c) Pemasangan pengubah kelajuan ( regulator) untuk kipas biasa ( tidak guna remote control).
Jadi, untuk kali ini admin akan tunjukkan jenis penyangkut dan cara pemasangan.
Jenis Penyangkut Kipas.
Di pasaran Malaysia, terdapat beberapa jenis penyangkut yang boleh digunakan untuk menyangkut kipas siling ini. Ada yang separuh bulatan, ada bulatan penuh dan ada yang untuk digantung pada alang(kayu/besi). Kebiasaannya jenis penyangkut bergantung kepada jenis permukaan yang hendak dilekatkan.
sumber gambar: hussinmamat
contoh:
penyangkut 1 untuk alang kayu/besi
penyangkut 2 untuk permukaan/alang kayu, juga untuk penyangkut dua ada jenis yan tiada screw tu, boleh pakai untuk kayu atau batu
penyangkut 3 untuk kayu atau batu yang ditebuk.
Oleh itu, sebenarnya asalkan penyangkut kebiasaannya memang boleh digunakan untuk sangkut kipas, cuma perlu perhatikan jenis permukaan yang hendak disangkut. Contoh² penyangkut jenis lain.
Langkah-langkah pemasangan penyangkut kipas siling.
1. Kenalpasti tempat yang hendak digantung, dengan penyangkut yang dibeli, tandakan dengan pen lubang yang hendak ditebuk (jika pada simen/batuan), untuk kayu cuma tandakan untuk pastikan apabila pasang penyangkut tidak salah kedudukan.
sumber gambar : nafira
2. Tebuk lubang pada tempat yang telah ditanda di siling (simen), dan pastikan menggunakan bolt yang dikhaskan untuk simen. Jangan sesekali menggunakan wall plug kerana ianya memang tidak sesuai untuk gantung kipas.
sumber gambar : http://www.mmo-champion.com
2.1 Untuk pada permukaan kayu, boleh gunakan samada paku atau screw kayu. Tetapi sangat digalakkan menggunakan screw kayu untuk memudahkan pemasangan dan lebih kukuh. Gunakan screw paling kurang 2inci atau lebih kurang 5cm. Lebih panjang lebih bagus.
sumber gambar : trendindia
3. Pasangan penyangkut bersama screw pada lubang/tanda yang sedia ada. Pastikan screw diketatkan dengan secukupnya.
4. Contoh pemasangan penyangkut kipas yang telah siap.
Untuk entri seterusnya, admin akan tunjukkan pula bagaimana untuk pasang komponen kipas siling dan sangkut pada penyangkut yang telah disediakan ini.
p/s: 'pinjam' gambar orang dulu untuk tutorial ini, sebab admin hanya ambil gambar untuk pasang kipas dan regulator. terlupa ambil gambar untuk pasang hook.:)
saya nak tanya cara nak pasang hook kipas pada siling kapur.. apakah caranya?..terima kasih
ReplyDeleteObat Wasir Stadium 3Obat Wasir Paling ManjurObat Wasir Stadium akutObat Wasir HerbalObat Wasir ApotikObat Wasir AlamiObat Penyakit WasirObat Wasir Cepat SembuhObat Wasir Tanpa OperasiObat Wasir Stadium lanjutObat Wasir De NatureObat Wasir Paling Murah
ReplyDeleteMacam mana nak tarik wiring kalau asal cuma ada 1 plug point..itu pun utk lampu.Bolehkah sy curi dari wiring lampu tersebut utk wiring kipas?
ReplyDeleteBole sedara Mohd Fazil .. nak curi Life Power dari di belakang suiz lampu pun boleh .. atau naik atas siling, cari pangkal wayar Suiz lampu di atas siling, lalu potong wayar lampu yang dijumpai di atas siling tadi (buangkan penebat wayar, dan dari loint tu, ambil connector bersize besar dan sambung pada wayar lampu yang dah diputuskan tu.
ReplyDeletekemudian dari connector tu (yang dibersambung pada wayar suiz lampu tu), disambung pasa connector tu dengan wiyar baru lain khusus untuk suiz kipas.
maksudnya, life ( ) wayar yang kita curi dari wayar Suiz tu, dari connector tu kita sambung 1 wayar lain dan terus ke suiz baru khusus untuk suiz kipas (Suiz Point A masukan Life) .. Dan suiz kipas (Point B output) tu masuk ke Regulator Kipas (Poin A - In), dan (Poin B - Output) regulator tu keluar 1 wayar baru lain terus ke Wayar Life ( ) Kipas.
maksudnya, Single suiz lampu tu kena tambah satu lagi kotak suiz untuk Kipas & Plastik Base Regulator Fan.
ataupun kalau malas nak tambah satu suiz baru disebelah Suiz lampu tu, pi hardware, cari Double Single Suiz .. maksudnya kotak pastik suiz tu 1 je, tapi di atasnya ada 2 suiz yang rapat. 1 untuk lampu & 1 lagi untuk kipas. Mudah sikit kerja. Life ( ) wayar kipas tu di curi dari suiz lampu tu, tapi dari regulator tu kena keluar 1 wayar naik ke atas siling terus ke Kipas.
Life wayar kipas dicuri dari (poin A - in) dari suiz lampu. Life wayar yang dicuri tu pula, masuk pada Point A suiz Kipas. Poin B (output) suiz kipas tu masuk ke ragulator, dan outpot regulator tu keluar 1 wayar baru terus ke kipas. wayar netural untuk kipas pula di curi dari netural dari lampu di atas siling ja. settle.
apa apa hal nak tanya, whatsapp saya ..
ReplyDeleteBoleh tunjuk cara pasang hook pada siling kapur
ReplyDeleteo9v71d0d24 m3v09g1j63 v5z56j9i37 j7b57f4h95 p9p29b4g82 a9r85m5v62
ReplyDeletetiktok seo
ReplyDeletesearch engine marketing