Cara Untuk Menjemput Penulis Jemputan Untuk Blog

Sebagai seorang blogger, ada ketikanya kita menginginkan seseorang untuk menulis atau memberikan idea penulisan mereka. Terdapat beberapa cara yang biasanya dilakukan iaitu dengan menjemput mereka untuk menulis dengan cara copy paste kemudian diberikan kredit kepada mereka. Jika sekali sekala boleh dilakukan seperti itu, tetapi bagaimana jika ianya dalam kekerapan yang tinggi.?

Jika penulis jemputan ingin memberikan idea secara tetap, ataupun sentiasa ada idea untuk blog anda. Tentu sukar. Jadi, cara yang paling mudah ialah dengan menjemput penulis jemputan secara 'rasmi'. Ianya dapat dilakukan dengan beberapa setting yang membolehkan penulis jemputan menulis untuk blog anda tanpa anda perlu login ke akaun sendiri. Biarkan mereka menulis dan publish bila-bila masa sahaja yang mereka mahu.


Dan semestinya anda tidak perlu risau penulis jemputan akan akses sepenuhnya dashboard anda, kerana ianya adalah terhad untuk penulis jemputan.

Tutorial untuk menjemput penulis jemputan adalah seperti berikut.



1. Login pada dashboard > setting

2. Pada bahagian Permissions, klik 'Add authors'



3. Masukkan email penulis jemputan yang anda mahu. Boleh letak seberapa orang sekaligus. Kemudian klik 'Invite Authors'
Dan apabila klik anda akan dapat lihat jumlah jemputan orang 'terbuka'. (masih belum accept oleh penulis jemputan)

4. Sebagai tuan rumah, kerja anda untuk jemput selesai disini. Apabila penulis jemputan sudah accept, dia akan dapat terus menulis blog anda. Walaupun begitu, admin akan tunjukkan juga, bagaimana jemputan yang diterima oleh penulis jemputan yang telah anda hantar.

4.1 Pada email penulis jemputan, akan dapat satu email seperti di bawah.

5. Antara proses terlibat ialah untuk sign in dan juga klik pada accept invitation. Juga terdapat maklumat yang berkaitan seperti url blog dan tarikh jemputan.




6. Selepas selesai semuanya, tada... kini penulis jemputan boleh post entri ke blog anda bila-bila masa sahaja tanpa anda perlu untuk bersusah payan untuk tolong copy paste dan bagi kredit.


Dan juga untuk makluman sekali lagi, sebagai pemilik blog asal, anda tidak perlu bimbang blog anda diteroka berlebihan oleh penulis jemputan. Ini kerana penulis jemputan hanya dapat post dan lihat senarai blog yang dijemput sahaja.

Bermakna, jika anda ada 5 blog, dan jemput 1 untuk penulis jemputan, maka penulis jemputan hanya dapat lihat 1 blog sahaja dalam senarainya. Dan penulis jemputan hanya boleh post sahaja. Trafik blog pun dia takkan tahu. Juga paling penting, dia tidak boleh edit apa sahaja yang ditulis oleh anda sebelum ini.

p/s: Nanti dalam entry lain admin akan tunjuk bagaimana nak tukar dari .blogspot.com kepada .com :)

3 comments: