Pengumuman : Kepelbagaian Entry Di Blog

Assalamualaikan dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog tutorialuntukblog.blogspot.com.
Bagi admin, ini merupakan kali pertama admin meletakkan entri yang tidak mempunyai apa-apa turorial. :)

Kerana seperti tajuk di atas, suka untuk admin bagitahu in advance, untuk entri² akan datang, admin akan post kepelbagaian jenis entri dalam blog ini. Apa yang admin maksudkan ialah, jika sebelum ini anda cuma disajikan dengan tutorial blog sahaja, jadi akan datang entri adalah bercampur dengan beberapa jenis yang lain seperti tips untuk komputer, software dan juga tutorial DIY (di it yourself) untuk apa yang mudah².


Untuk mumudahkan penerangan, admin letakkan dalam Q&A seperti berikut.

1. Kepelbagaian entri.? Apa tu.?
- Admin tidak lagi hanya tertumpu kepada tutorial blog semata². Entri juga akan diselitkan dengan tips komputer dan juga tutorial DIY.

2. Entri secara selang seli atau bagaimana.?
- Entri tidak selang seli, ianya lebih kepada bila dan dalam keadaan yang sesuai untuk admin publish post. Kalau admin nak pots tips komputer, admin akan post, kalau admin ada buat DIY, admin akan post juga.

3. DIY.? Apa tu.
- DIY ialah singkatan kepada Do It Yourself. Kalau dalam bahasa mudahnya buat sendiri. Contoh DIY yang berkemungkinan admin akan paparkan ialah cara baiki plug, cara pasang lampu, cara pasang kipas, buat kerusi, repair meja dan apa² sahajalah yang admin lakukan sendiri.

4. Kenapa nak share DIY tu.?
- Sebenarnya sebelum ini admin ada terpikir untuk buka satu lagi blog untuk DIY. Tetapi pikirkan mungkin admin tak berkesempatan untuk uruskan semua, jadi admin buat keputusan untuk share dalam blog ini sahaja. Ya lah, ilmu yang dikurniakan admin harap dapat juga berkongsi dengan orang lain. Walaupun admin tidaklah dalam tahap pakar, tetap harapnya apa yang admin share dapat menjadi rujukan kepada orang lain. Lagipun juga ada title 'Tutorial' dalam url blog ini kan.:)

Ada apa² lagi soalan berkaitan.?.:)

1 comment:

  1. Hi~ 안녕하세요? we are Twinscraftlife! Please visit our blog shop^^ 꼭 오세요~ 행쇼! twinscraftlife.blogspot.com

    ReplyDelete