Tutorial Cara Tukar Domain Daripada blogspot.com Kepada .com

Beralih daripada domain .blogspot.com kepada .com boleh dianggap sebagai satu penjenamaan semula kepada blog oleh blogger. Dengan adanya domain .com, terasa lebih professional dalam dunia blogging. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sebelum beralih dari .blogspot.com kepada .com, anda hendaklah terlebih dahulu membeli 'nama' domain anda. Biasanya berharga dalam RM30 - RM40 untuk setahun. Dan juga admin ada tunjukkan ►bagaimana cara untuk beli domain dari serverfreak.◄

Anda juga boleh beli domain dari penyedia perkhidmatan yang lain, dan tutorial untuk tukar juga akan lebih kurang sama. Tetapi, untuk tutorial ini, admin akan tunjukkan bagaimana untuk tukar selepas anda membeli domain dari serverfreak. (Jika anda membeli dari penyedia yang lain pun rasanya caranya adalah lebih kurang sama je). Untuk tutorial ini, admin andaikan anda sudah mempunyai 'nama' domain yang dibeli dari serverfreak.

Tutorial untuk tukar dari .blogspot.com kepada .com adalah seperti berikut,

1. Dari dashboard > settings > basis. Klik pada 'Setup a 3rd party URL for your blog'



2. Masukkkan domain yang anda telah beli. Pastikan domain adalah dalam format www.(domain anda).com.
kemudian klik 'Save'


3. Satu notifikasi akan muncul yang mengatakan anda masalah dengan domain yang anda telah masukkan. JANGAN PANIK.. Itu adalah normal untuk kali pertama ada masukkan domain.

Apa yang penting adalah maklumat yang telah diberikan seperti dibawah yang admin bulatkan. Maklumat ini akan digunakan untuk langkah seterusnya. Pada bahagian ini, tidak perlu klik 'save' kerana memang tak dapat.



4. Masuk ke laman web untuk domain yang anda telah daftar. Kalau yang membeli dari serverfreak boleh login dari sini > https://secure.web-hosting.net.my/clients/clientarea.php . Bagi yang membeli dari penyedia lain boleh login mengikut penyedia perkhidmatan masing-masing.

4.1 Selepas login, pada senarai domain yang anda (pastikan domain betul jika anda beli banyak domain), klik pada 'Manage Domain"


5. Selepas itu klik pada 'Manage DNS'


6. Klik pada 'Manage CNAME Records'


7. Pada paparan yang muncul, masukkan maklumat yang terdapat seperti di langkah 3.
Perhatikan ada 2 maklumat yang berbeza di langkah 3.
Satu maklumat ialah www  --- ghs.google.com
dan satu lagi maklumat xxxx ---xxxxx (apa sahaja yang muncul)

7.1 Masukkan www -- apa sahaja yang muncul di baris pertama di langkah 3. Selepas itu klik 'Add Record'


8. Ulang langkah 6 untuk maklumat pada baris kedua dan klik 'Add Record'



9. Siap untuk proses pertukaran domain. Kemudian, anda perlu tunggu 24jam (bergantung kepada kecepatan penyedia atau server, tetapi admin letak 24jam untuk letakkan satu standard).
Yup, ada tidak perlu lakukan apa² dalam masa 24 jam. Biarkan dahulu blog anda dengan nama .blogspot.com.(semestinya anda boleh tutup pc/laptop anda :)

9.1 Selepas 24jam, ( atau keesokannya), masuk semula ke akaun blogger, dashboard > settings > basic , kemudian masukkan nama domain anda, iaitu www.(nama-domain-anda).com dan klik save.



10. Jika, selepas anda save, paparan seperti ini muncul, maknanya, anda sudah berjaya. dan tahniah admin ucapkan.:)



11. Dan ini screenshot yang admin boleh tunjukkan sebelum dan selepas. Bukankah rasa lebih profesional.:)




Happy blogging..

30 comments:

  1. Terima kasih atas tutorial ini...jelas berjaya

    ReplyDelete
  2. Saya nak tanya ni, slps kita dah tukar domain tersebut, adakah kita kena ping semula blog kita ke google dan lain2? bagaimana dgn pengiklanan di blog kita juga harus diedit semula?

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. berjaya. cuma nak tanya, berapa lama pula kita nak tahu alamat baru .com kita tu berfungsi?
    Terima kasih

    ReplyDelete
  4. Maaf nak tanya, macam saya sebelum ni upah orang tukar domain .blogspot.com kepada .com. Yang jadi masalahnya sekarang macamana nak renew domain ni seandainya dah cukup tempoh? Jika saya tak renew, adakah blog saya akan hilang atau kembali kepada .blogspot.com?
    Terima Kasih

    ReplyDelete
  5. TQ for the info =)

    http://www.begtangancentre.com/

    ReplyDelete
  6. wahhh gud nice info! btw, im still in blogging

    ReplyDelete
  7. terima kasih :) senang faham. dan success dengan sekali percubaan

    ReplyDelete
  8. ada carabterbaru tak utk tukar domain guna serverfreak? nak buat step 6 dah xde

    ReplyDelete
  9. Tuan, boleh kongsikan cara nak tukar domain yang terbaru. Dok cari2 Manage CNAME Record xjumpe2. jadi terbantut nak tukar domain ni :p

    ReplyDelete
  10. saya juga menghadapi masalah sama macam puan husna. bila klik management tools tak keluar manage dns dan cname record spt yg tuan paparkan tu

    ReplyDelete
  11. saya juga mengalami masalah yang sama seperti puan Husna dan Hani Ismail. Minta tunjuk ajar.

    ReplyDelete
  12. saya pn.... x sama dgn apa yg di paparkan ... jadi eror 32 ....pening sejak beli smpai skrg msih xleh nk guna

    ReplyDelete
  13. Terimakasih banyak, saya ucapkan kepada KY SALMAN atas bantuannya yg telah memberikan saya angka jitunya yaitu dan alhamdulillah berhasil,berkat bantuan KY saya sudah bisa melunasi semua hutang2 saya di BANK BRI bahkan saya juga sudah punya modal usaha sendiri sekali lagi makasih yaa KY,anda mau bukti bukan kata2 silahkan hubungi KY SALMAN 082310623559.

    Terimakasih banyak, saya ucapkan kepada KY SALMAN atas bantuannya yg telah memberikan saya angka jitunya yaitu dan alhamdulillah berhasil,berkat bantuan KY saya sudah bisa melunasi semua hutang2 saya di BANK BRI bahkan saya juga sudah punya modal usaha sendiri sekali lagi makasih yaa KY,anda mau bukti bukan kata2 silahkan hubungi KY SALMAN 082310623559.

    Terimakasih banyak, saya ucapkan kepada KY SALMAN atas bantuannya yg telah memberikan saya angka jitunya yaitu dan alhamdulillah berhasil,berkat bantuan KY saya sudah bisa melunasi semua hutang2 saya di BANK BRI bahkan saya juga sudah punya modal usaha sendiri sekali lagi makasih yaa KY,anda mau bukti bukan kata2 silahkan hubungi KY SALMAN 082310623559.

    ReplyDelete
  14. Terimakasih banyak, saya ucapkan kepada KY SALMAN atas bantuannya yg telah memberikan saya angka jitunya yaitu dan alhamdulillah berhasil,berkat bantuan KY saya sudah bisa melunasi semua hutang2 saya di BANK BRI bahkan saya juga sudah punya modal usaha sendiri sekali lagi makasih yaa KY,anda mau bukti bukan kata2 silahkan hubungi KY SALMAN 082310623559.

    Terimakasih banyak, saya ucapkan kepada KY SALMAN atas bantuannya yg telah memberikan saya angka jitunya yaitu dan alhamdulillah berhasil,berkat bantuan KY saya sudah bisa melunasi semua hutang2 saya di BANK BRI bahkan saya juga sudah punya modal usaha sendiri sekali lagi makasih yaa KY,anda mau bukti bukan kata2 silahkan hubungi KY SALMAN 082310623559.

    Terimakasih banyak, saya ucapkan kepada KY SALMAN atas bantuannya yg telah memberikan saya angka jitunya yaitu dan alhamdulillah berhasil,berkat bantuan KY saya sudah bisa melunasi semua hutang2 saya di BANK BRI bahkan saya juga sudah punya modal usaha sendiri sekali lagi makasih yaa KY,anda mau bukti bukan kata2 silahkan hubungi KY SALMAN 082310623559.

    ReplyDelete
  15. terima kasih share!

    Zara Zakiah membantu anda untuk sambung belajar di luar negara pengajian doktor oversea serta
    hala tuju lepas spm bagi pelajar jurusan sains.
    Jom lanjutkan pengajian medic mesir anda sekarang!
    5 exciting reasons to study Veterinary medicine .

    ReplyDelete
  16. Kenali 5 jenis perut buncit bagi wanita dan ketahui 6 tips untuk atasi masalah ini
    Anda mengalami masalah terkucil dan perlukan tips diet ? sila layari amisi.com.my.
    - terkucil

    ReplyDelete
  17. GERD ini satu penyakit yang biasa orang kena tetapi bukan bermaksud kita boleh pandang remeh tentangnya.
    Apa itu GERD dan macam mana nak elak atau merawatnya? Ketahui simptom gerd dengan lebih lanjut.
    selsema - ketahui simptom dan 4 cara merawatnya.

    ReplyDelete