Betul Ke Boleh Buat Duit Dari Blog.?. Ini Jawapannya..

Bagi sesetengah orang, blogging adalah hobi, tempat dimana mereka berkongsi apa yang mereka mahu. Dan bagi sesetengah orang, blogging adalah menjadi sumber pendapatan bagi mereka, samada pendapatan tetap atau sampingan. Malah ada yang menjadikan blogging sebagai hobi mereka dan pada masa yang sama menjana pendapatan daripadanya. Dan antara soalan yang tidak dapat dielakkan apabila mengaitkan dengan blogging ialah, "betul ke boleh buat duit dari blog.?".
Untuk entri kali ini, saya tidak akan huraikan secara meluas setiap satu persatu. Akan datang saya akan perincikan satu persatu bagaimana boleh buat duit dari blog dan apa yang patut diketahui.

Menjawab kepada persoalan ini ialah dengan jawapan yang bersyarat, iaitu..


YA. memang boleh buat duit dari blog..
Tetapi, ada beberapa faktor berikut yang perlu diambil perhatian.


1. Blog
► Ini merupakan perkara yang paling penting. Blog anda. Kerana inilah sumber kepada semua selepas ini samada pelawat, pendapatan,ranking, populariti dan pelbagai lagi.
► Blog merangkumi hampir kesemua yang dipaparkan, samada entri, template, bagaimana berinteraksi, widget, jenis entry,
► Blog adalah penting untuk menarik perhatian bukan hanya manusia yang membaca, tetapi juga untuk menarik minat syarikat pencarian gergasi iaitu Google.

2. Jenis pendapatan
► Terdapat beberapa jenis pendapatan yang boleh dijana dari blog. Yang mana kesemuanya adalah berasaskan duit/ atau sesuatu yang senilai dengannya.
► Antara jenis pendapatan utama dari blogging ialah pendapatan dari syarikat pengiklan, advertorial (seperti review sesuatu produk), affiliate, menawarkan servis dan sebagainya.
► Menjana pendapatan dari syarikat pengiklana adalah paling mudah jika teknik yang digunakan adalah betul. Ini saya akan perincikan di entri yang selainnya

3. Pemilihan syarikat pengiklanan
► Pemilihan syarikat pengiklanan adalah penting untuk menentukan berapakah kadar yang diperolehi. Setiap syarikat pengiklanan memberikan kadar yang berbeza dengan kaedah yang berbeza.
► Antara yang terkenal ialah Nuffnang, Innity, dan Google Adsense.
► Setiap kepelbagaian syarikat pengiklanan ini juga akan diperincikan dalam entri yang lain ye.:)

4. Tips dan Trik
► Semestinya untuk menjadikan blog anda boleh menjana pendapatan, bukanlah hanya setakat setup blog dan duit masuk.
► Tips adalah penting kerana kebiasaanya ianya tidak menyalahi mana-mana peraturan, tetapi ia adalah berdasarkan kepada bagaimana untuk memaksimumkan apa yang anda mahu.
► Contoh tips menjana pendapatan maksimum, tips menarik pelawat dan sebagainya yang akan diterangkan dalam entri yang akan datang.
► SEO (Search Engine Optimization) adalah salah satu kuncinya, tetapi ianya tidaklah sepenting kualiti penulisan anda. (sebenarnya kualiti penulisan adalah lebih penting berbanding trik SEO)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Entri ini saya masukkan sebagai langkah pertama untuk saya bagitahu dan tunjuk ajar kepada umum bagaimana caranya untuk menjana pendapatan dari blog. Kerana itulah di sidebar blog ini sekarang, saya masukkan satu top list iaitu untuk buat duit secara online. Diharap saya dapat memberi tunjuk ajar yang termampu berdasarkan pengalaman saya dalam dunia blogging ini.

Juga penting untuk saya ingatkan disini, menjana pendapatan dari blogging bukanlah kerja seminggu dua, mungkin hasilnya akan datang dari beberapa bulan dan secara pelahan-lahan. Sebab itu saya juga tidak akan ajar sekaligus dalam satu entri. Biar dari beberapa entri, tetapi anda faham dengan jelas dan sepenuhnya. Saya akan ajar satu persatu berdasarkan pengalaman yang saya dapat dan lalui (buruk dan baik)

Jangan terlalu tergopoh-gapah bagi yang baru mula hendak menjana pendapatan. Fahami serba sedikit bagaimana 'perilaku' internet sebelum anda melangkah lebih jauh dengan selesa. Dan pabila sampai satu tahap anda menjana pendapatan dari blog, hanya akan ada dua benda yang penting bagi anda, berapa trafik blog anda, dan berapa duit yang anda dapat.:)

Jika, anda ingin terus mengikuti siri 'buat duit online' ini, anda boleh terus follow link label ini atau klik banner yang tersedia di sidebar. Setiap update akan terus diletakkan label 'buat duit online'. Kerana saya juga akan update entri-entri lain juga. Bukan semata-mata siri 'buat duit online' ye.


Juga jangan lupa sebarkan kepada rakan-rakan blogger anda berkenaan siri 'buat duit online' ini ye.
Jangan bimbang, ianya percuma, tak payah bayar apa-apa, cuma kena membaca la.ヽ(ヅ)ノ
Jom, sudah tiba masanya blogger menjana pendapatan. Bagus untuk yang baru mula, dan bagi yang dah lama berblogging, better late than never' (aduh, terspeaking pulak.ヽ(ヅ)ノ

26 comments:

  1. nuffnang tak up pn . sedih :(

    ReplyDelete
  2. mmg bleh pun! :)

    Agen Topup diperlukan!
    komisen tinggi!
    celcom 5.50% maxis 4.50% digi 4.50%
    Topup RM5 dengan hanya RM4.50
    FREE GIFT WEBSMS UNTUK SMS PERCUMA!
    (tinggal 10 orang sahaja lagi)
    info lanjut -> goo.gl/IaMtMe

    ReplyDelete
  3. blog peribadi macam susah nak naik sbb tu saya lebih kpd meluah kn saje dri menghrp imbuhan . . . :)

    ReplyDelete
  4. sy setia dgn nuffnang jela wpun x byk mana dapat. lepas la buat bayar internet haha

    ReplyDelete
  5. Info yg menarik.. Moga dpt terus mengikuti perkembangan topik ni..

    ReplyDelete
  6. http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/ menarik juga ..syuykran ada juga daftar affialite

    ReplyDelete
  7. tq for info.. http://lukmanganu.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. thanks amat membantu zzali.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. macam mana nak join to be one of the bloggers yg earn money from the blog? kurang pencerahan di sini

    ReplyDelete
  10. hebat lah blog ini..semangat saya berblog naik..bagi sokongan sesama blog

    ReplyDelete
  11. Banysk lagi kena belajar ilmu buat duit meldlui online. Perkongsian yang mrnarik.

    ReplyDelete
  12. Dengan Affiliate pun boleh buat duit, jadikan blog sebagai empat promosi. Gunakan ayat power untuk meyakinkan dan menawan hati pelanggan anda.

    InsyaALLAH ada rezeki

    ReplyDelete
  13. boleh bantu saya mcm mna nk
    buat blog sya jdi mnarik...

    ReplyDelete
  14. Ohhh gitu ... patutlah ramai yang tidak berjaya buat duit dengan blog ...

    ReplyDelete
  15. MEMANG BOLEH BUAT DUIT DENGAN BLOG. BOLEH KE ADMIN, SAYA NAK JEMPUT PEMBACA-PEMBACA BLOG INI SINGGAH KE BLOG SAYA JUGA KE SINI http://datoksirkronik.blogspot.com/

    ReplyDelete
  16. Baik punya info..
    http://kamperpp.blogspot.com/

    ReplyDelete
  17. Very useful info.

    http://www.tonepower.com

    ReplyDelete