Showing posts with label Buat Duit Online. Show all posts
Showing posts with label Buat Duit Online. Show all posts

Sebelum Menjana Duit Dari Blog, Tetapkan Halatuju Blog Dahulu

Berikutan siri buat duit dari blog ini, memang saya mulakan dari asas diharapkan dapat mengajar dan memberi pandangan dari akar umbi, bukanya secara express untuk menjana wang dari blog. Ya, memang ada cara yang pantas tetapi ianya agak sukar jika tiada kefahaman dari asas bagaimana perilaku internet, bagaimana cara google berfungsi, bagaimana tabiat manusia dan pelbagai faktor untuk menentukan kejayaan sesebuah blog, risiko dan pelbagai lagi.

Screen shot ini adalah salah satu blog yang saya ada dimana dalam masa 7 bulan, pageview boleh mencecah sehingga 346ribu sebulan. Dan ianya tidak naik secara automatik, sedikit usaha dan kefahaman saya bagaimana dan apa yang perlu untuk memacu ke arah itu.


Perkara paling asas, sangat-sangat asas untuk blog ialah, apakah hala tuju untuk blog anda.? Bagaimana anda hendak kategorikan blog yang akan anda uruskan. Samada jika sudah ada blog, atau baru hendak buka blog, ataupun sudah ada blog lama, tetapi hendak buka yang baru.

Berikut penerangan saya lebih detail apa yang saya maksudkan dengan hala tuju.

1. Blog Peribadi atau Informasi .?
► Secara umum, blog hanya dikategorikan kepada 2 jenis ini sahaja iaitu peribadi dan informasi, cuma ada yang mencampurkan sekali peribadi + informasi. Jika dipikirkan mestilah peribadi + informasi adalah yang terbaik kerana ianya campuran tetapi jawapannya ialah SALAH.
► Blog peribadi berkisar tentang kehidupan anda, pakaian anda, dan apa sahaja yang berkaitan dengan anda.
► Blog informasi ialah tidak melibatkan kehidupan anda, tetapi kandungan menjadi sumber rujukan kepada orang lain.
► Mencampurkan hal peribadi dan informasi adalah satu kesalahan yang biasa dilakukan oleh blogger.
► Malahan, blog yang berkisar tentang kehidupan artis sebenarnya adalah blog informasi, ianya blog informasi yang bercerita tetang kehidupan peribadi artis.
► Blog perniagaan yang menjual barangan adalah blog informasi, mereka memaparkan harga, jenis barang, promosi dan sebagainya, bezanya sumber pendapatan utama mereka adalah jualan, bukan dari syarikat pengiklanan.
► Pasaran untuk blog peribadi adalah berbeza dengan blog informasi. Blog informasi lebih luas dengan pelawat yang pelbagai, tetapi blog peribadi biasanya hanya dikunjungi oleh orang tetap.
► Biasanya blog peribadi mempunyai 'returning visitor' yang tinggi, manakala blog informasi mempunyai 'new visitor' yang tinggi.


Bagaimana Blog Peribadi/Informasi Menjana Pendapatan.?

► Blog peribadi dan inforamsi keduanya boleh menjana pendapatan dengan kaedah yang hampir sama iaitu melalui pihak ketiga (kebanyakannya)kecuali blog perniagaan produk sendiri.
► Antara sumber pendapatan ialah dari syarikat pengiklan, advertorial, affiliate, e-book, duta produk dan sebagainya.
► Paling mudah bagi yang baru berjinak ialah melalui syarikat pengiklanan seperti nuffnang, admax, innity dan google adsense. Kerana ianya percuma, cuma anda perlu beberapa syarat untuk melayakkan beriklan dengan syarikat gergasi.
► Antara salah faham yang selalu berlaku ialah menyangkakan 'bila ada pelawat, terus dapat duit'- SALAH.

Jadi Saya Perlu Pilih Blog Informasi Atau Peribadi.?
► Sangat-sangat dicadangkan adalah untuk membuat blog bersifat informasi. Alasannya cukup mudah blog informasi mempunyai capaian yang lebih meluas. Apabila capaian luas pelawat tinggi, apabila pelawat tinggi, pendapatan pun naik.
► Sebagai contoh, katakanlah blog informasi anda ialah tentang cara mendapatkan bantuan biasiswa. Dan anda tahu, setiap tahun, setiap semesta atau penggal persekolahan akan ada carian ini di google.
► Dan jika blog peribadi anda bercerita tentang hari raya anda, agaknya berapa orang sangat yang baca.? Lainlah jika anda seorang selebriti atau memang sangat dikenali ramai.
► Masih tidak pasti samada hendak buat blog peribadi atau informasi.? Tidak mengapa. Ambil masa pikir tidak kira la sehari atau seminggu. Kerana keputusan hala tuju anda ini sangatlah penting untuk masa-masa akan datang. Biar anda lambat buat keputusan sedikit asalkan anda jelas dengan hala tuju blog yang anda inginkan.


Jika Sekarang Saya Sudah Ada Blog, Hendak Buat Bagaimana.?
► Tidak kisah jika anda sudah ada blog samada blog peribadi atau informasi, jika hala tuju ini bersesuaian dengan blog anda sekarang memang sangatlah bagus.
► Jika tidak, dengan blogger.com kerana anda boleh 'cipta' satu blog baru dengan mudah sekali. Dan jangan bimbang jika ianya baru kerana seperti yang saya katakan, berblogging bukanlah perkara seminggu dua. Ianya berbulan². Malahan blogger yang otai sebenarnya sudah berkecimpung selama bertahun-tahun.!
► Untuk bagaimana untuk blog peribadi/informasi yang mesra pengguna/goole, akan diterangkan kemudian dalam entri yang lain.


OK, Sudah Jelas Sedikit. Tetapi Boleh Terangkan Apa Kelebihan/Keburukan Blog Peribadi/Informasi ini.?
► Untuk topik ini, apa kata kalau saya buatkan satu entri lain nanti. Sementara itu apa kata anda pastikan dahulu secara kasar apa hala tuju untuk blog anda nanti.:)

-------------------------------------------------------------------------------------


p/s: Anda perasan kan, blog yang sedang anda baca ini ialah blog informasi.
Agak² jika saya bercerita tentang saya makan nasi tengah tadi anda berminat tak.?.:)
Jadi, hala tuju anda, peribadi/informasi.? :)

Betul Ke Boleh Buat Duit Dari Blog.?. Ini Jawapannya..

Bagi sesetengah orang, blogging adalah hobi, tempat dimana mereka berkongsi apa yang mereka mahu. Dan bagi sesetengah orang, blogging adalah menjadi sumber pendapatan bagi mereka, samada pendapatan tetap atau sampingan. Malah ada yang menjadikan blogging sebagai hobi mereka dan pada masa yang sama menjana pendapatan daripadanya. Dan antara soalan yang tidak dapat dielakkan apabila mengaitkan dengan blogging ialah, "betul ke boleh buat duit dari blog.?".
Untuk entri kali ini, saya tidak akan huraikan secara meluas setiap satu persatu. Akan datang saya akan perincikan satu persatu bagaimana boleh buat duit dari blog dan apa yang patut diketahui.

Menjawab kepada persoalan ini ialah dengan jawapan yang bersyarat, iaitu..


YA. memang boleh buat duit dari blog..
Tetapi, ada beberapa faktor berikut yang perlu diambil perhatian.


1. Blog
► Ini merupakan perkara yang paling penting. Blog anda. Kerana inilah sumber kepada semua selepas ini samada pelawat, pendapatan,ranking, populariti dan pelbagai lagi.
► Blog merangkumi hampir kesemua yang dipaparkan, samada entri, template, bagaimana berinteraksi, widget, jenis entry,
► Blog adalah penting untuk menarik perhatian bukan hanya manusia yang membaca, tetapi juga untuk menarik minat syarikat pencarian gergasi iaitu Google.

2. Jenis pendapatan
► Terdapat beberapa jenis pendapatan yang boleh dijana dari blog. Yang mana kesemuanya adalah berasaskan duit/ atau sesuatu yang senilai dengannya.
► Antara jenis pendapatan utama dari blogging ialah pendapatan dari syarikat pengiklan, advertorial (seperti review sesuatu produk), affiliate, menawarkan servis dan sebagainya.
► Menjana pendapatan dari syarikat pengiklana adalah paling mudah jika teknik yang digunakan adalah betul. Ini saya akan perincikan di entri yang selainnya

3. Pemilihan syarikat pengiklanan
► Pemilihan syarikat pengiklanan adalah penting untuk menentukan berapakah kadar yang diperolehi. Setiap syarikat pengiklanan memberikan kadar yang berbeza dengan kaedah yang berbeza.
► Antara yang terkenal ialah Nuffnang, Innity, dan Google Adsense.
► Setiap kepelbagaian syarikat pengiklanan ini juga akan diperincikan dalam entri yang lain ye.:)

4. Tips dan Trik
► Semestinya untuk menjadikan blog anda boleh menjana pendapatan, bukanlah hanya setakat setup blog dan duit masuk.
► Tips adalah penting kerana kebiasaanya ianya tidak menyalahi mana-mana peraturan, tetapi ia adalah berdasarkan kepada bagaimana untuk memaksimumkan apa yang anda mahu.
► Contoh tips menjana pendapatan maksimum, tips menarik pelawat dan sebagainya yang akan diterangkan dalam entri yang akan datang.
► SEO (Search Engine Optimization) adalah salah satu kuncinya, tetapi ianya tidaklah sepenting kualiti penulisan anda. (sebenarnya kualiti penulisan adalah lebih penting berbanding trik SEO)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Entri ini saya masukkan sebagai langkah pertama untuk saya bagitahu dan tunjuk ajar kepada umum bagaimana caranya untuk menjana pendapatan dari blog. Kerana itulah di sidebar blog ini sekarang, saya masukkan satu top list iaitu untuk buat duit secara online. Diharap saya dapat memberi tunjuk ajar yang termampu berdasarkan pengalaman saya dalam dunia blogging ini.

Juga penting untuk saya ingatkan disini, menjana pendapatan dari blogging bukanlah kerja seminggu dua, mungkin hasilnya akan datang dari beberapa bulan dan secara pelahan-lahan. Sebab itu saya juga tidak akan ajar sekaligus dalam satu entri. Biar dari beberapa entri, tetapi anda faham dengan jelas dan sepenuhnya. Saya akan ajar satu persatu berdasarkan pengalaman yang saya dapat dan lalui (buruk dan baik)

Jangan terlalu tergopoh-gapah bagi yang baru mula hendak menjana pendapatan. Fahami serba sedikit bagaimana 'perilaku' internet sebelum anda melangkah lebih jauh dengan selesa. Dan pabila sampai satu tahap anda menjana pendapatan dari blog, hanya akan ada dua benda yang penting bagi anda, berapa trafik blog anda, dan berapa duit yang anda dapat.:)

Jika, anda ingin terus mengikuti siri 'buat duit online' ini, anda boleh terus follow link label ini atau klik banner yang tersedia di sidebar. Setiap update akan terus diletakkan label 'buat duit online'. Kerana saya juga akan update entri-entri lain juga. Bukan semata-mata siri 'buat duit online' ye.


Juga jangan lupa sebarkan kepada rakan-rakan blogger anda berkenaan siri 'buat duit online' ini ye.
Jangan bimbang, ianya percuma, tak payah bayar apa-apa, cuma kena membaca la.ヽ(ヅ)ノ
Jom, sudah tiba masanya blogger menjana pendapatan. Bagus untuk yang baru mula, dan bagi yang dah lama berblogging, better late than never' (aduh, terspeaking pulak.ヽ(ヅ)ノ