Sebelum Menjana Duit Dari Blog, Tetapkan Halatuju Blog Dahulu

Berikutan siri buat duit dari blog ini, memang saya mulakan dari asas diharapkan dapat mengajar dan memberi pandangan dari akar umbi, bukanya secara express untuk menjana wang dari blog. Ya, memang ada cara yang pantas tetapi ianya agak sukar jika tiada kefahaman dari asas bagaimana perilaku internet, bagaimana cara google berfungsi, bagaimana tabiat manusia dan pelbagai faktor untuk menentukan kejayaan sesebuah blog, risiko dan pelbagai lagi.

Screen shot ini adalah salah satu blog yang saya ada dimana dalam masa 7 bulan, pageview boleh mencecah sehingga 346ribu sebulan. Dan ianya tidak naik secara automatik, sedikit usaha dan kefahaman saya bagaimana dan apa yang perlu untuk memacu ke arah itu.


Perkara paling asas, sangat-sangat asas untuk blog ialah, apakah hala tuju untuk blog anda.? Bagaimana anda hendak kategorikan blog yang akan anda uruskan. Samada jika sudah ada blog, atau baru hendak buka blog, ataupun sudah ada blog lama, tetapi hendak buka yang baru.

Berikut penerangan saya lebih detail apa yang saya maksudkan dengan hala tuju.

1. Blog Peribadi atau Informasi .?
► Secara umum, blog hanya dikategorikan kepada 2 jenis ini sahaja iaitu peribadi dan informasi, cuma ada yang mencampurkan sekali peribadi + informasi. Jika dipikirkan mestilah peribadi + informasi adalah yang terbaik kerana ianya campuran tetapi jawapannya ialah SALAH.
► Blog peribadi berkisar tentang kehidupan anda, pakaian anda, dan apa sahaja yang berkaitan dengan anda.
► Blog informasi ialah tidak melibatkan kehidupan anda, tetapi kandungan menjadi sumber rujukan kepada orang lain.
► Mencampurkan hal peribadi dan informasi adalah satu kesalahan yang biasa dilakukan oleh blogger.
► Malahan, blog yang berkisar tentang kehidupan artis sebenarnya adalah blog informasi, ianya blog informasi yang bercerita tetang kehidupan peribadi artis.
► Blog perniagaan yang menjual barangan adalah blog informasi, mereka memaparkan harga, jenis barang, promosi dan sebagainya, bezanya sumber pendapatan utama mereka adalah jualan, bukan dari syarikat pengiklanan.
► Pasaran untuk blog peribadi adalah berbeza dengan blog informasi. Blog informasi lebih luas dengan pelawat yang pelbagai, tetapi blog peribadi biasanya hanya dikunjungi oleh orang tetap.
► Biasanya blog peribadi mempunyai 'returning visitor' yang tinggi, manakala blog informasi mempunyai 'new visitor' yang tinggi.


Bagaimana Blog Peribadi/Informasi Menjana Pendapatan.?

► Blog peribadi dan inforamsi keduanya boleh menjana pendapatan dengan kaedah yang hampir sama iaitu melalui pihak ketiga (kebanyakannya)kecuali blog perniagaan produk sendiri.
► Antara sumber pendapatan ialah dari syarikat pengiklan, advertorial, affiliate, e-book, duta produk dan sebagainya.
► Paling mudah bagi yang baru berjinak ialah melalui syarikat pengiklanan seperti nuffnang, admax, innity dan google adsense. Kerana ianya percuma, cuma anda perlu beberapa syarat untuk melayakkan beriklan dengan syarikat gergasi.
► Antara salah faham yang selalu berlaku ialah menyangkakan 'bila ada pelawat, terus dapat duit'- SALAH.

Jadi Saya Perlu Pilih Blog Informasi Atau Peribadi.?
► Sangat-sangat dicadangkan adalah untuk membuat blog bersifat informasi. Alasannya cukup mudah blog informasi mempunyai capaian yang lebih meluas. Apabila capaian luas pelawat tinggi, apabila pelawat tinggi, pendapatan pun naik.
► Sebagai contoh, katakanlah blog informasi anda ialah tentang cara mendapatkan bantuan biasiswa. Dan anda tahu, setiap tahun, setiap semesta atau penggal persekolahan akan ada carian ini di google.
► Dan jika blog peribadi anda bercerita tentang hari raya anda, agaknya berapa orang sangat yang baca.? Lainlah jika anda seorang selebriti atau memang sangat dikenali ramai.
► Masih tidak pasti samada hendak buat blog peribadi atau informasi.? Tidak mengapa. Ambil masa pikir tidak kira la sehari atau seminggu. Kerana keputusan hala tuju anda ini sangatlah penting untuk masa-masa akan datang. Biar anda lambat buat keputusan sedikit asalkan anda jelas dengan hala tuju blog yang anda inginkan.


Jika Sekarang Saya Sudah Ada Blog, Hendak Buat Bagaimana.?
► Tidak kisah jika anda sudah ada blog samada blog peribadi atau informasi, jika hala tuju ini bersesuaian dengan blog anda sekarang memang sangatlah bagus.
► Jika tidak, dengan blogger.com kerana anda boleh 'cipta' satu blog baru dengan mudah sekali. Dan jangan bimbang jika ianya baru kerana seperti yang saya katakan, berblogging bukanlah perkara seminggu dua. Ianya berbulan². Malahan blogger yang otai sebenarnya sudah berkecimpung selama bertahun-tahun.!
► Untuk bagaimana untuk blog peribadi/informasi yang mesra pengguna/goole, akan diterangkan kemudian dalam entri yang lain.


OK, Sudah Jelas Sedikit. Tetapi Boleh Terangkan Apa Kelebihan/Keburukan Blog Peribadi/Informasi ini.?
► Untuk topik ini, apa kata kalau saya buatkan satu entri lain nanti. Sementara itu apa kata anda pastikan dahulu secara kasar apa hala tuju untuk blog anda nanti.:)

-------------------------------------------------------------------------------------


p/s: Anda perasan kan, blog yang sedang anda baca ini ialah blog informasi.
Agak² jika saya bercerita tentang saya makan nasi tengah tadi anda berminat tak.?.:)
Jadi, hala tuju anda, peribadi/informasi.? :)

25 comments:

  1. Assalammualaikum...

    terima kasih perkongsian nie.. membantu untuk lebih memahami antara blog informasi dengan peribadi...

    mselim3

    ReplyDelete
  2. i love this entry. Tapi kalau kite seimbangkan informasi and peribadi ok jugak kot. kalau pasal informasi je mesti bosan sikit kan. so, selit2 pasal peribadi sikit. behhe.

    ReplyDelete
  3. Mohd Selim Zainal
    Sama²..:)

    Rossa Calla
    Harap dapat tambah pengetahuan .:)

    Hannah Sytieh.
    kalau campur peribadi dan informasi biasanya lebih menjurus kepada pendapatan samping berskala kecil. Kalau betul nak buat duit dari blog, tak boleh campur dua ni.:). Detail kenapa begitu akan diberitahu dalam entri lain ye.:).

    ReplyDelete
  4. maaf saya masih baru. kalau blog informasi, sumber artikel tu sumber nya dari mana. blogger karang sendiri atau kita boleh ambil dan share dr blog lain dan kreditkan kpd penulis asal.

    ReplyDelete
  5. Blog ni dah menjana pendapatan berapa sebulan?

    ReplyDelete
  6. hao blogger.. mcm mane cara utk saya menambah kenalan dan invite pengunjung untuk join my blog.. terima kasih

    ReplyDelete
  7. mcm mane cara nye utk saya add iklan yg menjana pendapatan..?

    ReplyDelete
  8. Blog untuk mendapat trafik perlu kemahiran yg tinggi dalam membuat artikal.walaupun banyak artikal kita tulis tak semestinya akan dapat ranking no#1,ianya bergantung kepada berapa faktor,kata kunci atau keyword,outbouce link yg keluar dan masuk.backlink yg berkualiti,

    Bagi mereka yg nak menjana pendapatan melalui affiliate boleh menggunak web,forum atau blog iklan percuma percuma, untuk meletakan link affliate dan membuat sedikit penulisan dgn keyworkd yg ditarget.blog yg ranking tinggi akan cepat dindex oleh google,xkesah la blog sendiri atau org lain,selagi boleh memanfaatknya

    thaks,

    oniklan[dot]com

    ReplyDelete
  9. thanks infonya.. kunjungi balik yaa.. :)

    ReplyDelete
  10. Terima kasih tuan. Memang akan re-visit untuk informasi lain.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih, lebih fokus kepada hala tuju blog

    ReplyDelete
  12. terima kasih.. patutlah susah nak naik.. eventhough dah 5 tahun berblogging.. lepas ni nak bukak sati lagi blog la.. untuk informasi punya hehehe :D

    ReplyDelete
  13. Sis.. boleh buat tutorial cara remove footer link sekali dgn container dia boleh x? Dah puas saya cari tapi tak jumpa... sakitt...

    ReplyDelete
  14. Hi, salam, melekat dgn blog anda... Sebelum saya mengikuti seterusnya, mohon tahu, bagaimana, nak amek rokok sat. Ok. Dah ku 3am. Nak tahjudlah pula. Ish ish.. Continue esok jer.. Nite..

    ReplyDelete
  15. sangat memberi banyak info kepada saya...baru berjinak2...

    saya ada 2 blog...blog informasi produk dan blog peribadi...

    insyaallah nak cuba jana pendapatan dari blog pula...aim 2015

    follow blog saya juga yer...

    http://www.myqalish.blogspot.com
    http://www.mikhalish.com/blog

    ReplyDelete
  16. CASINO-CASINO-CASINO-MEXICO - JTA Hub
    CASINO-CASINO-MEXICO 양주 출장마사지 - JTA Hub. JTA Hub. Welcome to the casino! Join 김제 출장마사지 the VIP Club! 안동 출장샵 Welcome 당진 출장마사지 to JTA-CASINO-MEXICO. 광주 출장마사지 JtHub.

    ReplyDelete