Cara Jual Kembali Emas Public Gold Secara Online

Membeli emas adalah salah satu bentuk pelaburan jangka masa panjang. Antara pengeluar emas yang dikenali di Malaysia ialah Public Gold. Untuk membeli, pembeli boleh membeli pusat jualan atau melalui agen. Biasanya pembelian dibuat ketika harga emas adalah pada tahap yang rendah.
[update: admin jumpa satu website yang terangkan cara pembelian emas public gold secara online di sini ► http://www.mohdzulkifli.com/2013/03/cara-mudah-membeli-emas-public-gold-online.html )
Setelah membeli, sudah tentu ada masanya emas ini perlu dijual, samada untuk kegunaan wang, untuk pelaburan lain, ataupun jual kembali kerana pada ketika itu harga emas adalah tinggi. (Harga emas tinggi ialah masa yang sesuai untuk jual, sebelum beli kembali pada harga rendah). Tetapi bergantung kepada individu bagaimana untuk mencorakkannya.

Pembelian emas juga boleh dilakukan secara online untuk 'lock' harga pasaran ketika itu. Begitu juga dengan jualan. Tujuan untuk 'lock' harga adalah untuk memastikan apabila kita menjual kembali emas, ia adalah harga semasa kita melakukan transaksi online, bukan harga ketika kita berada di pusat jualan. Jualan kembali secara online bermaksud kita 'lock' harga untuk jualan, barang tetap akan diserahkan selepas itu.

Berikut adalah tutorial untuk jual kembali emas kepada pihak public gold secara online.

1. Buka laman public gold. Jika belum berdaftar boleh berdaftar di https://publicgold.com.my/v1/index.php?option=com_user&view=register&lang=en.
1.1. Pada navbar, pergi ke 'Order' dan klik pada ' Place Sell Back'


2. Perhatikan senarai yang ada, masukkan jumlah kepingan emas yang hendak dijual semula. Pastikan 'Product Name' adalah betul dengan emas yang anda hendak jual semula.


3. Masukkan maklumat yang diminta. Alamat tidak perlu kerana transaksi akan dilakukan secara online banking.
► Pastikan bahagian 'selling to' adalah betul, iaitu cawangan yang anda hendak serahkan emas secara fizikal.
Untuk senarai cawangan, alamat dan nombor telefon, boleh rujuk di sini: cawangan public gold seluruh Malaysia
► Klik pada "Update" dan jumlah grand total akan menunjukkan harga emas yang akan anda jual.
► Setelah dipastikan semuanya betul, klik pada 'Check Out'


4. Paparan baru akan muncul menyatakan harga akan dikunci pada harga ketika itu. Klik 'Ok' untuk teruskan.


5. Satu informasi tentang transaksi yang anda telah lakukan akan keluar.


6. Penting untuk anda perhatikan, tarikh dan waktu yang sepatutnya emas yang anda hendak jual sepatutnya sampai ke cawangan yang telah anda pilih. Anda boleh baca terms and conditions untuk maklumat lanjut.


7. Anda juga akan dapat satu copy transaksi yang telah dijalankan di email anda. Apabila sudah sampai tahap ini,bermakna urusan anda untuk jual kembali emas kepada public gold telah selesai.

8 comments:

  1. thanks infonya.. kunjungi balik yaa.. :)

    ReplyDelete
  2. apabila sobat sedang mencari obat Ambeien yang ampuh dan solusi cara mengobati wasir atau ambeien dengan alami tanpa operasi cepat sobat sedang berada di web yang tepat karena kami obatwasirme.blogspot.com menjual obat Ambeien yang aman cepat dan ampuh Mengobati Ambeien dengan Ambeclear dari De Nature buktikan segera dengan menghubungi kami di nomer 0852-808-77-999

    ReplyDelete